Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ikan Talapia Di Perak,...

Sebelum ini, ada terdengar laporan bahawa ternakan Ikan Patin di jalan Ipoh-Batu Gajah,...

Jabatan Penjara Diperguna Halang...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri...

Fabregas Sempurna Diganding Bersama...

LONDON - Jose Mourinho menghambur pujian kepada bintang tengahnya, Cesc Fabregas yang dianggap...

Penyanyi Popular Serbia Malu...

AKIBAT terlalu asyik menyanyi, seorang bintang pop Serbia, Milica Pavlovic mengalami malu yang...

Kontraktor Bumiputera Mungkin Gulung Tikar

KUALA LUMPUR – Ratusan kontraktor Bumiputera berisiko gulung tikar berikutan penangguhan projek serta pemberhentian dana oleh kerajaan sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum PRU Ke-14 (PRU-14).

Penangguhan dana termasuk membabitkan tuntutan sebanyak RM8 juta bagi dua projek yang sudah siap tetapi belum dibayar oleh kerajaan.

Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF Malaysia), Tukiman Radion, mendakwa selepas PRU-14, pemberhentian dana menyebabkan kontraktor hilang sumber pencarian, selain tuntutan belum dibayar bagi projek yang siap sebelum pilihan raya.

Beliau mendakwa, jika isu itu tidak ditangani, dikhuatiri sehingga 400 kontraktor kelas F Bumiputera akan terjejas dan menghadapi risiko gulung tikar.

Tukiman mendakwa, dua tuntutan projek yang siap sebelum PRU-14 itu membabitkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu.

Ada pihak dakwa peruntukan diseleweng Katanya, projek berkenaan dilaksanakan pada Februari lalu dan sudah siap sepenuhnya dua bulan selepas itu.

“Proses pembayaran tuntutan selalunya dibuat apabila projek selesai dalam tempoh 14 hari selepas invois dikemukakan.

Bagaimanapun, saya ada dengar desas-desus peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada kontraktor diselewengkan untuk kegunaan PRU-14.

“Kerajaan sudah memperuntukkan dana bagi projek ICU dan SPNB sebelum penganugerahan dan pelaksanaan kerja.

Dalam erti kata lain, wang sudah ada barulah kerja-kerja dimulakan.


“Nasib kontraktor semakin alang selepas PRU-14 kerana bajet yang diluluskan kerajaan terdahulu, ditarik balik menyebabkan kontraktor hilang mata pencarian, malah saya sendiri tidak bekerja ketika ini,” katanya kepada BH.

Semalam, BH mendedahkan selepas menang pada PRU-14, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyelaras semula Bajet 2018 awal Ogos lalu, namun sehingga kini sebahagian peruntukan dalam bajet didakwa belum diagihkan kepada kementerian yang sepatutnya menerima dana.

Beberapa kementerian dan industri memaklumkan, selain projek tertentu digantung untuk kajian semula, status insentif pembangunan perniagaan dan bantuan yang sudah diluluskan juga belum diketahui.

Maklum kepada Guan Eng Mengulas lanjut, Tukiman berkata, isu tuntutan belum dibayar itu sudah disuarakan ketika menghadiri Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) dan sebelum itu turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Pada pertemuan 27 Julai lalu itu, kami dimaklumkan kerajaan akan mempertimbangkan rayuan serta memberi perhatian terhadap masa depankontraktor di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tukiman mendakwa, kebanyakan projek mega turut dihentikan kerana disyaki terbabit dalam penganugerahan secara langsung tanpa melalui tender terbuka.

“Keadaan itu turut memberi kesan serta tempias kepada kontraktor kecil seperti kami kerana dana dihentikan untuk saringan serta semakan terlebih dahulu,” katanya. – BH Online

Kategori