Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isu Tikus Di Hospital...

KOTA BAHARU - Isu tikus berkeliaran di Hospital dan Kampus Kesihatan Universiti Sains...

Polis Tumpaskan Geng ‘Mat...

BUKIT MERTAJAM - Polis menumpaskan Geng 'Mat Puling' yang aktif menjalankan kegiatan samun,...

Pemain Kedah Bakal Terima...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan memberi ganjaran sebanyak RM10,000 kepada setiap pemain...

PRK Port Dickson, Ujian...

PUTRAJAYA – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu, Azhar Azizan Harun, yang memulakan...

Kontraktor Rugi RM8,800 Ditipu Baiki Dewan Makan Sekolah

KUANTAN – Seorang kontraktor kerugian RM8,800 selepas diperdayakan seorang lelaki yang mengambil peluang daripada kerosakan dewan makan sebuah sekolah menengah di Pekan dekat sini, akibat dilanda ribut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 56 tahun mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mengaku penolong kanan sekolah terbabit pada 9 pagi, 12 Sept lalu.

Beliau berkata mangsa mendakwa diminta menghantar dokumen kontrak untuk pertimbangan Kementerian Pendidikan sebelum diarahkan membuat transaksi pemindahan wang, kononnya sebagai bayaran pengurusan projek.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas suspek tidak datang berjumpanya walaupun telah berjanji untuk berbuat demikian pada Rabu lalu di sekolah terbabit, selain percubaannya untuk menghubungi suspek tidak berjaya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurutnya mangsa menghubungi pengetua sekolah yang memaklumkan dia juga dihubungi suspek dengan mengaku sebagai wakil kementerian serta meminta senarai kerja yang perlu dilakukan serta cadangan nama kontraktor.

“Pengetua sekolah mempercayai suspek kerana secara kebetulan dewan makan asrama sekolah itu mengalami sedikit kerosakan akibat ribut,” katanya.

Mohd Wazir menambah pengetua sekolah itu kemudiannya membuat semakan di Kementerian Pendidikan dan mendapati kontrak yang didakwa suspek tidak wujud, menyebabkan mangsa membuat laporan polis.


Mangsa mendakwa melakukan dua transaksi pemindahan wang ke dalam akaun milik dua wanita berbeza pada 18 dan 19 Sept lalu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori