Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Superman’ Berbaju Raya Tumbang...

SATU rakaman video menjadi tular di laman sosial memaparkan lima remaja menunggang lima...

3,211 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Penularan Covid-19 dalam negara mencatatkan 3,211 kes baharu hari ini...

Covid-19: 5 Menteri Di...

KUCHING - Pentadbiran kerajaan Sarawak tidak terjejas biarpun lima anggota Kabinet negeri itu...

Ampang Park: Warga, Pengunjung...

KUALA LUMPUR - Ampang Park, yang mula beroperasi pada 1973, diketahui umum bahawa...

Koperal Polis Direman Berhubung Kes Curi Kambing

SEREMBAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah bagi melindungi pengadu disyaki terbabit kegiatan mencuri kambing.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Mas Azmimin Ahmad di Mahkamah Seremban di sini, selepas membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan Riduan Kadri.

Menurut SPRM, anggota polis berusia 32 tahun itu yang bertugas di Pondok Polis Sungai Kelamah, Gemas didakwa meminta dan menerima rasuah daripada pengadu yang merupakan penternak kambing supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu yang dikatakan bersubahat dalam kegiatan mencuri kambing.

Susulan itu, SPRM membuat serbuan di pekan Gemencheh semalam dan menjumpai RM3,000 yang didakwa wang sogokan berkenaan dan menahan anggota polis itu. – BERNAMA

Kategori