Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pelan Damai AS Sekadar...

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan pelan damai 'perjanjian abad ini' yang...

FAM Sudah Serah Laporan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menyerahkan laporan lengkap berhubung prestasi skuad...

‘Tonton Pornografi Ubah Kimia...

HANYA satu klik, segala maklumat di Internet boleh diakses tanpa sempadan hingga tanpa...

Kerajaan Timbang Tubuh RCI...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi...

Lagi Datuk Bandar Filipina Ditembak Mati

MANILA – Seorang datuk bandar Filipina yang berada dalam senarai pegawai yang disyaki terlibat dengan jenayah dadah, ditembak mati di pejabatnya semalam, kata polis.

Datuk Bandar Ronda, Mariano Blanco merupakan pegawai kerajaan terbaharu yang dibunuh sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas dikatakan terlibat dengan penyeludupan dadah.

Bandar Ronda terletak di selatan Filipina.

Negara itu mengamalkan budaya politik ganas tetapi kumpulan-kumpulan pemerhati bimbang tindakan keras Presiden Rodrigo Duterte membanteras jenayah dadah akan menyebabkan penyerang bertindak lebih nekad.

Blanco, 59, ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali di pejabatnya pada waktu tengah malam, kata ketua polis tempatan.

“Beberapa saksi kejadian berkata, empat individu bersenjata dilihat turun dari sebuah van putih dan masuk ke dalam pejabat majlis perbandaran. Ketika itu, Blanco sedang tidur di pejabatnya, kata inspektor kanan, Jayr Palcon kepada agensi berita AFP.

Beliau bagaimanapun tidak pasti kenapa datuk bandar itu membuat keputusan untuk tidur di pejabatnya.


Blanco disahkan meninggal dunia di hospital, manakala motif pembunuhan masih disiasat.

Kejadian itu menyusul selepas Datuk Bandar Tanauan, Antonio Halili ditembak mati pada majlis menaikkan ben­dera di Tanauan, selatan Manila, Julai lalu.

Blanco dan Halili merupakan antara sekurang-kurangnya enam datuk bandar dan timbalan datuk bandar yang dibunuh di Filipina sejak Mei lepas. – AFP/KOSMO ONLINE

Kategori