Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PBK Belum Mungkin Kerjasama...

SIBU - Parti Bumi Kenyalang (PBK) belum ada sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan...

Konsert Amal Doa Buat...

JOHOR BAHRU - Konsert Amal Doa Buat Kekasih di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada...

Polis Kesan Empat Lagi...

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan, ada empat lagi pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia...

Lebih 100,000 Sertai Perarakan...

GEORGETOWN - Lebih 100,000 penganut agama Hindu serta pelancong dari dalam dan luar...

Langkawi Bakal Miliki Zipride Tertinggi Di Dunia?

LANGKAWI – Sektor pelancongan Langkawi akan berada di ‘puncak tertinggi’ jika minat sebuah syarikat dari Korea Selatan untuk melabur dalam produk pelancongan terbaharu di pulau peranginan itu menjadi kenyataan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata syarikat berpusat di Pulau Nami itu membayangkan minat mereka untuk melabur kira-kira RM30 juta untuk memulakan pengembaraan ‘zipline’ dari paras ketinggian 700 meter, yang akan menjadikannya antara zipline paling mendebarkan di dunia.

“Di Pulau Nami, titik struktur tertinggi adalah kira-kira 20 meter tetapi di sini lebih 708 meter (di kemuncak Gunung Machinchang), dengan mudahnya ia boleh menjadi yang tertinggi di Malaysia* kalau pun bukan di dunia,” katanya kepada Bernama ketika melakukan lawatan ke sini.

Beliau berkata syarikat berkenaan, yang memegang francais bagi teknologi zipline Amerika Syarikat, hanya menerapkan kepakaran mereka di Pulau Nami yang telah pun menarik kunjungan ramai pengunjung yang menggemari aktiviti mendebarkan itu dari seluruh dunia.

“Jika cadangan itu menjadi kenyataan, Langkawi akan berada di puncak peta dunia terutamanya dalam kalangan pengunjung yang meminati aktiviti mendebarkan,” katanya,

Muhammad Bakhtiar berkata peranan beliau seorang sahaja selaku timbalan menteri tidak cukup untuk membolehkan cadangan itu menjadi kenyataan oleh sebab ia perlu mendapat kelulusan yang sewajarnya.


“Saya menyokong cadangan ini tetapi ia perlu mendapat kelulusan daripada LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi), kerajaan negeri Kedah dan Anggota Parlimen Langkawi (dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) terlebih dahulu,” katanya.

Menurutnya, beliau menyokong cadangan projek itu kerana berpendapat projek itu akan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya dalam menjana pemindahan teknologi untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan bagi rakyat Malaysia.

“Sungguhpun terpulang kepda pihak berkuasa yang berkaitan (untuk mempertimbangkan cadangan itu), saya berpendapat cadangan ini akan membawa banyak manfaat kepada perkembangan industri pelancongan kita,” katanya.

Timbalan menteri itu berada di sini untuk menyaksikan majlis pemeterian perjanjian perkongsian antara dua syarikat untuk menguruskan kediaman premium di Pantai Tengah sebelum meninjau beberapa destinasi pelancongan di pulau ini. – BERNAMA

Kategori