Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Taylor Swift Belanja RM4.2...

TERSENARAI antara penyanyi meraih pendapatan paling banyak tahun ini, tak hairanlah Taylor Swift...

Mangsa Banjir Di Mersing,...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada...

Kuala Lumpur Urus Air...

KUALA LUMPUR - Satu jabatan pengurusan air khusus untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...

Nor Azimah Pulang Selepas...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada dia selama setahun...

Lapan Bayi Hari Malaysia Terima Hadiah Istimewa

GEORGE TOWN – Lapan bayi menerima hadiah berupa wang tunai dan pembukaan akaun simpanan percuma sempena dilahirkan pada Hari Malaysia.

Pengurus Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad (Bank Persatuan) Cawangan Bayan Baru Muhamad Afif Zulkifli berkata, program itu dilakukan bagi memupuk budaya menabung dalam kalangan masyarakat sejak dari kecil.

“Inisiatif ini dilakukan bagi menggalakkan budaya menabung dari hari pertama lagi. Selain daripada itu, kita ingin mengeratkan hubungan pihak bank dengan masyarakat setempat.

“Seramai 20 bayi terawal yang dilahirkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada hari ini akan menerima hadiah istimewa berupa wang tunai RM50 yang akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan-i al-wadiah hasanah,” katanya kepada pemberita di HPP di sini hari ini.

Lapan bayi Hari Malaysia dilahirkan di HPP terdiri daripada masing-masing enam bayi lelaki dan dua bayi perempuan.

Penyelia Jururawat Tan Ai Pin berkata bayi pertama dilahirkan pada pukul 3.07 pagi manakala yang kelapan pada pukul 11.13 pagi.

“Kami menyambut bayi pertama iaitu bayi perempuan berbangsa India pada pukul 3.07 pagi kemudian kelahiran terkini kami menyambut seorang bayi lelaki berbangsa Melayu pada jam 11.13 pagi.

“Enam bayi dilahirkan secara normal manakala dua lagi dilahirkan secara pembedahan. Pihak kami menjangkakan satu lagi kelahiran bayi Hari Malaysia pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, sepasang suami isteri dari Sungai Petani, Kedah Noor Diana Yusof, 29 dan Mohd Faiz Zakaria, 29, berkata mereka tidak menyangka akan memperoleh cahaya mata kedua seberat 3.3 kilogram pada tarikh keramat 16 Sept sempena sambutan Hari Malaysia.


“Memang tak jangka isteri akan melahirkan anak hari ini sebab sebelum ini doktor ada bagi tarikh jangkaan 26 Sept bayi akan keluar, tapi dia awal 10 hari pulak.

“Kami dari Sungai Petani datang ke sini awalnya untuk ziarah ayah saya, namun jam 1.00 pagi isteri dah mengadu sakit-sakit nak beranak, jadi kami terus ke hospital,” katanya yang memperoleh bayi lelaki.

Berlainan pula dengan Siti Saerah Abdullah, 34 yang menantikan kelahiran anak keduanya, bayi lelaki seberat 3.40 kg itu dilahirkan lewat dari tarikh jangkaan.

“Saya memang tak sabar nak tunggu anak kedua lahir… sepatutnya ‘due date’ tiga hari lepas, tapi dia tunggu nak keluar Hari Malaysia juga. Apa pun saya bersyukur dan bangga anak saya jadi anak Hari Malaysia,” kata Siti Saerah.

Bagi S. Komala, 39, kelahiran anak keduanya yang merupakan ‘bayi sulung Hari malaysia HPP’ telah dijangkakan pada hari ini namun beliau bertambah gembira apabila ada pihak yang sudi memberikan hadiah kepada anaknya itu.

“Saya memang gembira kerana anak saya dilahirkan pada Hari Malaysia namun bertambah seronok kerana kelahiran anak saya disambut dengan pemberian hadiah yang sangat bermanfaat dari pihak bank,” katanya. – BERNAMA

Kategori