Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wisma Putra Sahkan Tiada...

WISMA Putra menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam...

Petronas Penaja Platinum Sukan...

PUTRAJAYA - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) disenaraikan sebagai penaja platinum Sukan SEA ke-29...

‘Dianaktirikan’ Suria KLCC, BritishIndia...

Jenama pakaian tempatan, BritishIndia mengemukakan saman terhadap pihak pengurusan pusat membeli belah mega,...

Polis, Tentera Kawal Pintu...

SERIAN - Anggota pasukan keselamatan iaitu polis dan tentera diarahkan untuk mengawal sempadan...

Laporkan Kegiatan Mak Nyah

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) boleh mengambil tindakan terhadap individu atau golongan yang menonjolkan perwatakan bukan jantinanya seperti lelaki berlagak wanita di tempat awam dan media sosial.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang, berkata sekiranya terdapat aduan rasmi terhadap golongan mak nyah berkelakuan tidak bermoral di tempat awam, tindakan boleh diambil berdasarkan undang-undang syariah di negeri masing-masing.

Beliau berkata, di Wilayah Persekutuan umpamanya, peruntukan boleh dikenakan berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan.

“Masyarakat masih kurang peka terhadap peruntukan undang-undang yang ada. Ia menyebabkan kurangnya aduan dilaporkan kepada JAIN membabitkan golongan mak nyah berkelakuan tidak bermoral di tempat awam.

“Sekiranya tindakan berdasar undang-undang dikenakan, ia boleh menjadi pengajaran kepada golongan ini untuk tidak melakukan kesalahan lagi,” katanya kepada media selepas Forum Hukuman Syariah: Keadilan atau Kezaliman di sini, hari ini.

Forum itu dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).

Turut sama sebagai ahli panel ialah Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim; Ketua Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Nik Zulhaiza Ismail dan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abd Rahim Sinwan.

Musa berkata, namun hukuman sedia ada disifatkan terlalu ringan dan perlu dipinda dengan hukuman yang lebih berat.

“Hukuman yang disifatkan terlalu ringan ini juga menyebabkan golongan ini tidak takut terhadap undang-undang yang dikenakan.


“Selain itu, tindakan penguatkuasaan juga perlu lebih tegas dijalankan oleh JAIN terhadap golongan ini.

“Ketika ini, tindakan seperti sesi kaunseling dilihat seperti tidak berhasil apabila ada yang kembali kepada tabiat lama,” katanya.

Mengenai hukuman sebatan syariah terhadap pasangan lesbian yang dijalankan di Terengganu baru-baru, Musa berkata, pertikaian yang cuba dikelirukan oleh sesetengah pihak perlu diperbetulkan.

Ia termasuklah pihak yang mempertikaikan hukuman yang dijalankan apabila turut dihadiri oleh kira-kira 100 orang ketika hukuman sebatan dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu.

“Orang yang menyaksikan hukuman sebatan itu bukan sekadar tengok tetapi juga turut mendoakan supaya pesalah selepas itu menjadi warga yang baik dan tidak mengulangi kesalahan.

“Malah apabila hukuman sebatan itu dilaporkan secara meluas juga ia bukan bertujuan untuk mendedahkan keaiban pesalah sebaliknya boleh dijadikan iktibar kepada orang ramai,” katanya. – BH Online

Kategori