Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Abang Zamani Lebih Tahu...

RENTETAN daripada isu wang lesap, pengurus yang sudah berkhidmat selama 22 tahun dengan Zamani...

Lebih Banyak Bantuan Untuk...

PUTRAJAYA - Ketika pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) mula disalurkan hari ini, Perdana...

Tanggungjawab Semua, Kebersihan Tandas...

IPOH - Tanggungjawab menjaga kebersihan tandas awam termasuk di masjid dan surau di...

Pihak Berkuasa Thailand Rampas...

PHUKET : Polis dan pegawai hidupan liar Thailand menjejaki seorang wanita China yang...

Lebih 21,000 Diesel Bernilai RM34,400 Disita Di Taiping

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Taiping menyita 21,500 liter minyak diesel bernilai RM34,400 di dua jeti persendirian di kawasan Sungai Kerang, dekat sini semalam.

Ketua cawangannya Mohamad Kamarol Mat Nor berkata semua bahan bakar itu disimpan dalam tiga tangki berkapasiti 12,000 liter setiap satu.

Katanya dalam operasi kira-kira 12 tengah hari itu, sepasukan lapan anggota diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa Kamarul Anaz Kassim membuat pemeriksaan di dua jeti persendirian tersebut dan didapati gagal mengemukakan permit barang kawalan.

“Siasatan dan pemerhatian sejak dua minggu lepas mendapati pemilik jeti itu menggunakan tangki minyak untuk menyimpan minyak diesel bagi kegunaan bot persendirian menangkap ikan tanpa Permit Barang Kawalan daripada kementerian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya memandang serius mana-mana individu yang menjalankan sebarang urusniaga atau kegiatan berkaitan barang kawalan tanpa mempunyai lesen atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia.


“Kita juga menasihati pengguna agar menyalurkan maklumat berkenaan kegiatan ini ke mana-mana cawangan kementerian berdekatan untuk membanteras penyelewengan dan mengelakkan ketirisan subsidi kerajaan,” katanya. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan

Kategori