Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

DAP Rujuk Ronnie Liu...

KUALA LUMPUR - DAP akan merujuk Ronnie Liu ke jawatankuasa disiplin parti berhubung...

Perpaduan Nasional Hanya Bermakna...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Aktiviti Penjualan Barang Seludup...

KOTA KINABALU - Aktiviti penjualan barang seludup seperti rokok dan minuman keras di...

Scooty Atasi Kesesakan Trafik...

ISTANBUL – Scooty, sebuah aplikasi mudah alih Turki yang baharu, telah berusaha untuk...

Lebih 3/4 Staf SPAD Bakal Hilang Kerja!

BONGKAR… Laporan portal The Mole mendedahkan seramai 42 orang sahaja kakitangan daripada 350 pegawai kelas pertengahan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bakal diserap.

Mereka akan sertai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang bakal ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak lama lagi susulan pemansuhan SPAD diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Manakala bagi jawatan kelas bawahan, hanya 178 orang pegawai penguatkuasaan SPAD yang akan menerima tugas baharu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada 400 orang pegawai sedia ada di suruhanjaya berkenaan.

Tindakan ini dikatakan bertentangan dengan langkah penstrukturan semula yang diumum Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada Mei lalu yang menyatakan kononnya tiada seorang pun staf SPAD akan diabaikan.

Sebelum ini, SPAD dilaporkan antara agensi yang bakal dibubarkan oleh kerajaan PH sebagai sebahagian daripada penjimatan kos bajet persekutuan serta elak pertindihan tugas dengan JPJ dan polis, menurut dalih Mahathir.

Menurut satu sumber yang kebetulan telah lihat dokumen pelantikan pegawai baharu APAD, hanya mereka terlibat penstrukturan semula SPAD akan menerima kenaikan pangkat satu tahap berbanding dengan posisi di tempat lama.

Sebagai contoh pegawai itu bakal naik sama ada kepada JUSA B dan JUSA C. Sebagai maklumat tambahan, pegawai gred JUSA B dan JUSA C masing-masing menerima gaji minimum sebanyak RM7,788 dan RM7,189.

Dokumen yang bocor tersebut turut menyatakan bahawa JPJ bakal memperkembangkan lagi skop operasi mereka dengan kekosongan jawatan melebihi 400 pekerjaan termasuklah pelbagai unit di sekitar Sabah dan Sarawak.


Namun kekosongan berkenaan tidak pula jamin penyerapan secara kekal warga kerja SPAD yang masih tinggal. Dikatakan seramai 600 orang pegawai SPAD akan menerima surat pemberhentian kerja bermula bulan hadapan.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut diberi kepada mereka berhubung isu penyerapan pegawai SPAD ini yang sudah lama dilaporkan, dengan konon hanya 30 peratus staf akan terjejas akibat pembubaran suruhanjaya itu.

Rang undang-undang melibatkan pembubaran SPAD dan pembentukan agensi baharu iaitu APAD kini telah diluluskan oleh sidang parlimen bulan lepas dan usul tersebut akan dibangkitkan di Dewan Negara tidak lama lagi.

Ironi, menteri terbabit ketika ditanya oleh pihak media berdolak-dalik dengan tidak memberikan sebarang jawapan muktamad berkenaan nasib SPAD yang tidak menentu itu sehinggalah ke hari ini. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori