Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Perlukan 6.1 Tahun...

Dari Facebook Najib RazakMENGIKUT kadar vaksinasi terkini, Malaysia akan perlu tempoh 6.1 tahun...

Gambar Sivarasa Dipijak Berjemaah...

KUALA LUMPUR - "Kita sudah muak dan mual mendengar ucapan maaf oleh pihak...

Kubur Islam Terawal Abad...

WASHINGTON DC - Pakar arkeologi antarabangsa mengenal pasti tiga petak tapak perkuburan Islam...

Lelaki Tertembak Rakan Baik...

Jertih : Seorang lelaki ditahan polis selepas tertembak rakannya dengan peluru penabur sehingga...

Lebih 45 Peratus Penduduk Pahang Berdepan Masalah Kegemukan

KUANTAN – Lebih 45 peratus daripada dua juta penduduk di Pahang berdepan masalah kegemukan yang boleh menyebabkan mereka menghadapi gangguan kesihatan, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Beliau berkata antara penyakit yang paling banyak dikesan adalah darah tinggi, iaitu 30 peratus daripada jumlah berkenaan serta kencing manis sebanyak 17 peratus, hampir selari dengan angka di peringkat nasional dan merupakan petanda yang tidak baik.

“Masalah itu boleh dihindari sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan, kurangkan makanan berlemak dan berminyak, serta mengamalkan diet yang sihat,” katanya ​​​​​​​kepada pemberita pada program Gegar 10,000 Langkah Merdeka anjuran Jabatan Kesihatan Pahang di Taman Gelora, di sini hari ini.

Lebih 1,200 orang penduduk dan petugas beberapa jabatan kerajaan dari sekitar daerah ini datang seawal 7.30 pagi untuk menyertai acara berjalan 10,000 langkah, berbasikal dan senamrobik yang diadakan di taman rekreasi itu.

Sha’ari berkata mereka yang sering bersenam akan kelihatan lebih muda daripada usia kerana banyak mengeluarkan hormon ‘Endorphin’, iaitu hormon yang terhasil daripada dalam badan dan akan keluar bila seseorang melakukan aktiviti senaman.


“Penjagaan berat badan ideal dan pemakanan seimbang ini amat penting yang harus dipandang berat oleh segenap lapisan masyarakat kerana kita mahu menghasilkan rakyat sihat serta cergas,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gemuk

Kategori