Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RM18j Setahun Biayai Bil...

PASIR PUTEH - Kerajaan pusat membelanjakan RM18 juta setahun melalui rebat elektrik RM20...

Pelan Pemulihan MAS Perlu...

KUALA LUMPUR - Dua Anggota Parlimen menggesa pelaksanaan pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS)...

4 Ditahan Curi Token...

KEPALA BATAS - Polis menahan empat remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian...

Ngeri! Rakaman Wanita Terjun...

KECOH menerusi media sosial sejak semalam apabila sebuah rakaman video memaparkan situasi mencemaskan...

Lebih Baik Perkukuh Parti Daripada Sibuk PRK PD

TEPAT… Keputusan Barisan Nasional (BN) ‘boikot’ dengan tidak ambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Negeri Sembilan adalah sangat wajar dan tepat sekali.

Demikian ditegaskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika mengulas keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri semalam.

Katanya, keputusan itu bukan bermaksud BN takut kalah atau ingin beri laluan mudah kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menang jadi semula Ahli Parlimen kerana alasan tersebut tidak berbangkit sama sekali.

Bahkan UMNO ujar Shamsul Anuar, tetap menghormati dan menyanjung tinggi amalan demokrasi di negara ini meskipun tidak bersetuju dengan sebab PRK itu diadakan atas faktor peribadi dan bazir ‘duit rakyat’ begitu sahaja.

“Namun sengaja mengadakan PRK atas sebab menjayakan cita-cita peribadi seseorang adalah tidak wajar sama sekali. Malahan sudah pasti proses PRK sebegini akan melibatkan penggunaan wang rakyat yang banyak.

“Pasti ia merupakan suatu pembaziran kerana lebih baik ia digunakan untuk tujuan lain terutama dalam usaha kerajaan perlu menjaga kebajikan rakyat yang tertekan ketika ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Mengulas lebih lanjut, Shamsul Anuar menambah bahawa pada ketika ini UMNO lebih baik memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti itu dan meningkat keyakinan pemimpin serta ahli parti seluruh negara.

“Melibatkan diri dalam PRK di Port Dickson hanya menghilangkan tumpuan UMNO kepada perkara yang lebih penting. Kepada ahli parti, saya harap kita lebih fokuskan kepada tugas utama kita pada ketika ini.

“Perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO perlu terus diperkukuhkan,” tegas Shamsul Anuar lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Lenggong di Perak. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori