Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

103 Individu Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Walaupun lebih empat kali diserbu pihak berkuasa pada 2017 sehingga...

Had Usia Pengeluaran KWSP...

Dalam satu pengumuman pagi ini (Khamis), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Rakyat Mexico Tuntut Trump...

BANDAR RAYA MEXICO - Puluhan ribu penduduk Mexico di 18 buah bandar mengadakan...

APG KL2017 Ditutup Penuh...

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya dengan...

Lebih Sejuta Biji Pil Kuda Bernilai RM23.6j Dirampas Polis Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan merampas lebih satu juta biji dadah dipercayai pil kuda bernilai RM23.6 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol Setol, Alor Pasir, Pasir Mas Khamis lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hasaan berkata rampasan berkenaan adalah yang terbesar dilakukan oleh polis Kelantan pada tahun ini membabitkan pil jenis berkenaan.

Beliau berkata seorang pemandu lori berusia 31 tahun yang juga dipercayai sebagai penjaga stor rumah berkenaan turut ditahan dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi itu.

“Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lima guni mengandungi 197 bungkusan berisi pil disyaki pil kuda.

“Lelaki yang ditahan itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod lampau berkaitan dadah dan negatif ujian air kencing,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata siasatan yang dijalankan mendapati aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan sudah bermula sejak Ogos tahun lalu dan kawasan pengedaran adalah sekitar Rantau Panjang dan Kota Bharu.


Beliau berkata lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bermula Khamis (20 sept) hingga Rabu (26 Sept) ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Polis juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti sindiket-sindiket yang terlibat dalam pengedaran dadah di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori