Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

DAP Cuba Jadikan PAN...

SUNGAI BESAR - Badan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendakwa DAP cuba...

“Lebih Sudu Dari Kuah,...

1. YB Teo Nie Ching selaku Timbalan Menteri Pendidikan sekali lagi dilihat mendahului...

Polis Buru Lelaki Indonesia...

TASEK GELUGOR - Polis sedang mengesan seorang lelaki Indonesia bagi membantu siasatan berhubung...

Bekas Ahli UMNO Tiada...

PUTRAJAYA - Bekas pemimpin UMNO yang diterima menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)...

Lebih Sejuta Diarah Berpindah Daripada Laluan Taufan

CHARLESTON – Lebih sejuta penduduk diarah berpindah dari laluan Taufan Florence semalam ketika ribut Kategori Empat itu mengumpul kekuatan angin mencecah 220 kilometer (km) sejam menuju ke Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).

Gabenor Carolina Selatan, Henry McMaster berkata, sehingga sejuta penduduk di pantai timur negeri itu diarah mengosongkan kediaman mereka menjelang ketibaan ribut berkenaan Khamis ini.

Sementara itu, Gabenor Carolina Utara pula mengarahkan pengosongan Outer Banks, destinasi pelancongan popular dan sebahagian pesisir pantai Daerah Dare, manakala darurat diisytiharkan di Virginia.

“Ini adalah taufan yang amat bahaya. Kami tidak mahu meletakkan satu nyawa pun dalam bahaya di Carolina Selatan.

“Kita akan berhadapan banjir besar dan arahan pemindahan bagi wilayah pesisir pantai adalah mandatori, bukan sukarela,” katanya pada sidang akhbar.

Taufan Florence berpotensi membawa bencana banjir ke kawasan timur AS yang sudah pun menerima hujan lebat dan mungkin menjadi ribut paling kuat pernah melanda wilayah itu dalam masa beberapa dekad.


Berada pada Kategori Empat daripada skala lima tahap Saffir-Simpson, Florence berada 844 km ke selatan tenggara Bermuda.

Pusat taufan diramal melepasi antara Bermuda dan Bahamas hari ini serta esok, kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 5 petang waktu tempatan semalam.

“Buat masa ini, Florence bergerak ke barat pada kelajuan 20 km sejam dan ia bertambah kuat dengan cepat serta dijangka menjadi taufan yang amat bahaya menjelang Khamis ini,” kata NHC. – AFP

Kategori