Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

EAIC Siasat Dakwaan Kejadian...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan berlakunya...

Gesa Siasat Syarikat Pemaju...

SHAH ALAM – Persatuan Pemilik dan Penduduk Bukit Bayu, Seksyen U10 di sini...

MPT Buka Permohonan Lesen...

TAWAU - Majlis Perbandaran Tawau (MPT) membuka permohonan lesen kepada pengusaha makanan yang...

Iklan Diskriminasi: Old Town...

KUALA LUMPUR - Oldtown Berhad tidak akan menarik balik kelulusan francais kepada syarikat...

Lelaki Ditahan Bawa Dadah Dalam Bas Ekspres

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan dalam sebuah bas ekspres kerana membawa enam bungkusan plastik lutsinar dipercayai dadah bernilai RM120,000 di Jalan Duta, di sini Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, operasi dilakukan pada pukul 8.20 malam.

“Polis menemukan enam bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 1.476 kilogram.

“Jumlah dadah tersebut boleh dibekalkan kepada 2,950 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Adnan, polis turut menyita wang tunai berjumlah RM204.

Jelas beliau, suspek ditahan reman bermula 2 September lalu hingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Kategori