Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Gajah Ketakutan Dibakar Menang...

GAMBAR dua ekor gajah yang melarikan diri selepas dibakar ekornya, berjaya memenangi pertandingan...

Insiden Adib Pertama Kali...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk...

Mustapa Hadir Hari Terakhir...

KOTA BHARU - Wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa...

Penagih Dadah Didakwa Bunuh...

MANJUNG - Seorang penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, di sini,...

Lelaki Mati Lemas Terperangkap Dalam Kereta Masuk Parit

BAGAN SERAI – Seorang lelaki mati lemas setelah terperangkap di dalam kenderaannya yang terbabas ke dalam parit di Kilometer 114, Jalan Ipoh-Butterworth dekat Sungai Bogak di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.15 pagi itu, Muhammad Amirul Hasnor Hassan, 25, ditemukan di dalam kenderaan jenis Honda Civic yang dipandunya dan disahkan telah meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja kilang itu dalam perjalanan ke arah Bagan Serai dari Parit Buntar.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke dalam parit di sebelah kiri jalan.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori