Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Datuk Yusoff Ayob Didenda...

BEKAS Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff...

Bom Lama Ditemukan Di...

GEORGE TOWN - Bom lama seberat empat tan yang ditemukan bersama-sama barangan lusuh...

4 ‘Ulat’ Tiket Didenda...

SHAH ALAM - Empat 'ulat' tiket masing-masing didenda RM5,000 atau lima bulan penjara...

PAS Belum Putus Ikut...

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor namun belum...

Lelaki Maut Dipercayai Dipijak Gajah Dekat Padang Terap

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipijak seekor gajah semasa dalam perjalanan pulang bersama abangnya dari dusun yang terletak di pinggir hutan di Kampung Kah Ing dekat Padang Terap petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Noh Idris berkata Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu Padang Sanai Kanan, Kuala Nerang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta patah tangan setelah dipercayai diserang seekor gajah dalam kejadian 6.30 petang itu.

“Mangsa bersama abangnya dalam perjalanan pulang dari dusun di Kampung Kah Ing, tiba-tiba telah (dipercayai) diserang seekor gajah. Abang mangsa kemudian membawa adiknya ke Hospital Kuala Nerang dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi untuk mengesan gajah berkenaan sama ada masih berada di kawasan sekitar atau sebaliknya.

Sementara itu, Jurucakap Perhilitan Kedah ketika dihubungi Bernama memaklumkan pegawai Perhilitan sedang menyiasat kejadian itu termasuk memantau keadaan di laluan masuk ke dusun berkenaan.


“Buat masa sekarang pihak kita buat pemantauan di laluan masuk ke dusun tersebut antara lain bagi mengelakkan penduduk kampung ambil tindakan sendiri sekiranya mereka terjumpa gajah berkenaan.

“Setakat ini, gajah terbabit tidak ditemui, kemungkinan sudah lari masuk ke hutan dalam sana… sekiranya didapati masih ada gajah masih berkeliaran di kawasan penduduk selepas ini, kami akan usaha memindahkan gajah tersebut demi keselamatan orang kampung,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

Kategori