ISLAMABAD – Seorang ahli perniagaan Pakistan menjadi jutawan selepas menang loteri di Dubai, lapor Associated Press of Pakistan (APP).
Nouman Arif, 32, dari Peshawar bertuah apabila percubaan pertamanya membeli tiket loteri di pusat Bebas Cukai Dubai membuahkan hasil.
Arif pemilik syarikat menyewa basikal, menjadi warga Pakistan ke-16 memenangi $1 juta sejak penubuhan pusat bebas cukai itu pada 1999.
“Terima kasih kerana memberikan peluang untuk mengubah kehidupan saya menjadi jutawan,” katanya. – BERNAMA