Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rakaman CCTV Rungkai ‘Misteri’...

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakamkan tindakan sekumpulan lelaki di Gujarat, India...

Madinah Tidak Musnahkan Versi...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad memberitahu...

Aaron Aziz Puji Fattah...

SEBELUM ini tahkta pelakon lelaki romantik sering kali dipegang pelakon Aaron Aziz, namun...

Bekalan Air Di 28...

Kuala Lumpur : Status pemulihan bekalan air di 21 daripada 28 kawasan di...

Lelaki Rentung Dalam Kereta Terbakar Di Lebuhraya

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki rentung apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas dipercayai terbabas di Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Sentul menghala ke Seremban berhampiran Bangunan Parlimen, di sini, awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata dalam kejadian kira-kira 3 pagi tadi, mangsa ditemui dalam keadaan rentung dalam kereta jenis Nissan Grand Livina.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan mengejarkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dengan sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati kereta mangsa sedang terbakar dan bomba mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebakaran.

“Selain itu, bomba mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu manakala mangsa ditemui rentung 90 peratus dengan hampir keseluruhan badan,” katanya kepada Bernama.

Khirudin berkata identiti mangsa tidak dikenal pasti dan bomba menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori