Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Melayu Di KL Berhadapan...

KUALA LUMPUR - Jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu di Wilayah Persekutuan...

Inilah Pemain Bola Keranjang...

TERBAIK... Pemain bola keranjang yang berupaya dalam menepati kesemua sasaran ditetapkan pada setiap...

Pecah Rekod Dunia, Selesaikan...

SEORANG lelaki telah memecah rekod dunia selepas berjaya menyelesaikan permainan kiub rubik dalam...

Hobi Main Sukan Elektronik...

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka hobi bermain Sukan Elektronik ‘Pro Evolution Soccer’ (PES)...

Lelaki Sri Lanka Ditahan Bersama Pasport Palsu Malaysia

BANGKOK – Seorang lelaki Sri Lanka berusia 45 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi kerana cuba menaiki penerbangan ke Perancis menggunakan pasport palsu Malaysia.

Menurut komander polis imigresen lapangan terbang , Kol Ploen Klinphayom, insiden itu berlaku semalam ketika lelaki itu dikenali sebagai Pirapu Tharmalingam berada di kaunter imigrasi di lapangan terbang antarabangsa itu.

“Dia hendak menaiki pesawat Kuwait Airlines ke Paris melalui Kuwait City,” katanya kepada Bernama di sini hari ini, sambil menambah siasatan mendapati lelaki Sri Lanka itu masuk ke Thailand melalui Betong di wilayah Yala, selatan Thailand pada 13 Sept.

Menurut suspek, dia membeli pasport palsu dari seorang agen di Kuala Lumpur.

Dari Betong, lelaki Asia selatan itu yang disahkan polis adalah pengembara pertama ke Thailand tanpa rekod jenayah sebelum ini, menaiki bas ke Bangkok dan membuat tempahan di sebuah hotel di kawasan Sukhumvit sepanjang berada di Bangkok.

Ploen berkata, sepanjang tahun ini, para pegawainya berjaya menangkap 45 suspek terutama dari Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Iraq, Iran dan negara-negara lain kerana memiliki pasport palsu.


“Bagi suspek Sri Lanka, kami mendapati bahawa mereka biasanya menggunakan pasport palsu Malaysia dan India kerana raut wajah mereka yang hampir serupa,” katanya.

Pegawai lapangan terbang membuat penangkapan serupa beberapa hari yang lalu yang melibatkan seorang lelaki Sri Lanka menggunakan pasport palsu India, dan ini mendorong para pegawai meningkatkan pengawasan mereka. – BERNAMA

Kategori