Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Helah Diri Lemas Kerana...

KUANTAN - Seorang wanita berumur 38 tahun nekad memalsukan berita dirinya lemas dipercayai...

Tweet Batalkan Kemenangan Ratu...

ISTANBUL - Pemenang pertandingan ratu cantik kebangsaan Turki hari ini dipaksa menyerahkan semula...

APM Terima 98 Aset...

TAWAU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima pertambahan 98 aset baharu bagi...

Kapten Kapal Tunda Maut...

DUNGUN - Seorang kapten kapal tunda maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya...

Lemas Ketika Selamatkan Anak

DUNGUN – Percutian sebuah keluarga di Pantai Teluk Tanjung Jara, dekat sini, berakhir tragedi apabila seorang bapa lemas selepas cuba menyelamatkan anaknya ketika mereka mandi di situ.

Mangsa, Peter Haw Tah Ming, 54, seorang ahli perniagaan, dilaporkan lemas dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Metthew Haw, 25, yang hampir lemas.

Isteri mangsa, Pang Siew Cheng, 53, tidak menyangka sikap suaminya yang berbeza daripada kebiasaan adalah petanda dia akan pergi meninggalkan mereka sekeluarga selamanya.

“Kami datang bercuti di sini sejak Sabtu dan esok kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Saya tidak menyangka berlaku kejadian yang menyedihkan ini.

“Sepanjang bercuti, suami yang juga seorang ahli perniagaan sentiasa sibuk melakukan kerja bersama komputernya di dalam bilik.

“Tetapi hari ini dia sangat pelik dan memberitahu malas hendak melakukan kerja, sebaliknya seharian duduk bersama kami di pantai menikmati percutian di situ.

“Saya tak sangka rupanya masa berharga yang dihabiskan bersama kami sebelum kejadian adalah kenangan terakhir kami bersamanya,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun di sini, malam ini.

Mengulas kejadian itu, Siew Cheng berkata, sebelum kejadian dia bersama mendiang suaminya berada di tepi pantai, manakala dua anaknya Metthew dan Daniel Haw, 20, sedang mandi.

“Mereka berdua mandi di tepi pantai dan secara tiba-tiba ditarik arus ke tengah laut sebelum Metthew lemas dan menjerit meminta tolong.

“Suami berlari terjun ke dalam laut dan berjaya menyelamatkan Metthew, namun dia akhirnya lemas,” katanya.


Beliau berkata, kedua-dua anaknya itu sempat naik ke darat sebelum dia berlari mendapatkan bantuan daripada pekerja pusat peranginan terbabit.

“Beberapa pekerja terjun ke dalam laut dan berjaya menaikkan suami ke darat serta sempat melakukan bantuan pernafasan sebelum suami dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Dungun.

“Namun suami menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Biarpun sedih saya perlu tabah menerima hakikat ini kerana itu sudah ketentuan tuhan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa yang siap dibedah siasat diserahkan kepada keluarga kira-kira jam 10 malam untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian. – BH ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori