Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Topi Keledar Kura-Kura Masih...

TAIPING - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengkaji terhadap topi keledar...

Pemilik Kenderaan Logistik Belum...

KUALA LUMPUR : Kerajaan sudah membangunkan mekanisme interim membabitkan pembayaran semula secara tunai...

10 Suspek Disyaki Terlibat...

KUALA LUMPUR - Polis menahan 10 warga tempatan termasuk enam anggota pasukan keselamatan...

‘Kerana Darurat Era Muhyiddin,...

Bekas perdana menteri Najib Razak memberi amaran bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang...

Lepas 20 Tahun, Mahathir-Anwar Sekali Lagi Jadi Tumpuan

HARI ini sudah genap 20 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan dalam kerajaan dan mencetuskan kebangkitan yang mencabar pemerintahan perdana menteri keempat.

Peristiwa itu mencorak politik Malaysia hingga ke hari ini, di mana parti ditubuhkan kerana peristiwa itu kini sudah menjadi sebahagian kerajaan.

Tetapi perdana menteri yang ditentang bermula tahun 1998 itu kini menjadi perdana menteri sekali lagi, dan Anwar menjadi perdana menteri menanti.

Seperti juga pada masa itu 20 tahun lalu, kali ini Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar berada dalam kedudukan rapat, dan Mahathir dituntut melepaskan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Boleh dikatakan Anwar sekali lagi berada di kedudukan “nombor 2” di belakang Mahathir, bukan sebagai timbalan tetapi sebagai pengganti.

Drama kali ini tidak kurang hebat, dan juga mendebarkan kerana masing-masing masih boleh “disailang” oleh lawan.

Persaingan sengit dalam pemilihan parti PKR juga menjadi indikator suasana panas dalam hubungan Mahathir-Anwar sekarang ini.

Rafizi Ramli orang kuat Anwar hari ini berkata beliau bertanding untuk memastikan Anwar akan menjawat jawatan perdana menteri.

Rafizi juga berkempen untuk menguatkan sokongan dari kalangan ahli PKR supaya sepakat menyokong usaha Anwar untuk menjadi perdana menteri.


Ada tanda-tanda kerisauan dan terdesak dalam kempen kem Anwar dalam pemilihan PKR tahun ini, kerana kuatnya pengaruh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mahathir.

Tanda kerisauan itu ialah apabila Rafizi dan pemimpin lain dalam PKR perlu berkempen dengan kuat untuk kem Anwar.

Sebelum ini, hanya kem Anwar yang ada dan beliau boleh mengatur dan mengarahkan semuanya.

Kini Anwar dan pemimpin lain pro-Anwar dalam PKR perlu berkempen kerana mereka sudah tidak sekuat dulu.

Itulah yang telah berlaku dan berubah sejak 20 tahun “gerakan reformasi” berjalan.

Dua nama besar masa itu, Mahathir dan Anwar, masih nama besar pada hari ini dan bersaing dalam medan baharu untuk matlamat yang sama.

Sekiranya berlaku lagi pertembungan terbuka seperti 20 tahun lalu, tidak boleh dielakkan ia akan menggegarkan sekali lagi politik negara. – Mynewshub.tv

Kategori