Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Suspek Kes Bunuh 3...

MELAKA - Seorang lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan...

Kenapa Perlu Terbuka Mengkritik?

MENELITI kenyataan Tok Mat Hasan Timbalan Presiden UMNO mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai...

Harga Minyak Dunia Turun

SINGAPURA - Harga minyak turun satu peratus hari ini susulan peningkatan bekalan Amerika...

Syed Faisal Albar Pengerusi...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM...

“Letak Jawatan Atau Kami Buat Bantahan Besar-Besaran”

SHAH ALAM – Gabungan Mahsiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa Dr Maszlee Malik untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta merta.

Presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, tindakan Menteri Pendidikan itu terima lantikan tersebut dianggap pelik serta bertentangan dengan janji Pakatan Harapan (PH) ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurutnya, Maszlee seolah-olah gelap mata serta lupa prinsip perjuangan untuk angkat autonomi universiti awam daripada sebarang pengaruh politik seperti dilaungkannya sebelum terlibat dalam dunia politik tanah air negara.

Katanya, jelas keghairahan Maszlee memegang jawatan tersebut menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk mahasiswa yang kecewa dengan janji-janji PH yang semakin hari semakin banyak dimungkiri.

“Gamis berharap Maszlee dapat bermuhasabah dan memikirkan semula soal perjuangan untuk menyerahkan kembali universiti awam kepada ahli akademik secara sepenuhnya dan meletakkan jawatan serta merta bagi menghormati perjuangan dan janji yang ditaburkan sewaktu PRU14.

“Kita beri masa seminggu bermula esok kepada beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM dan jika masih berdegil, satu bantahan secara besar-besaran akan dilakukan di UIAM oleh mahasiswa Malaysia,” katanya memberitahu ia merupakan janji serta amaran yang akan dibuat Gamis.

Muhammad Faizzuddin berkata, Gamis juga ingin mengingatkan Menteri Pendidikan agar fokus melakukan kerja-kerja memberdaya prestasi pendidikan negara bermula daripada pendidikan rendah sehinggalah pendidikan tinggi di pejabat kementerian Pendidikan di Putrajaya.


“Sesungguhnya anda dilantik bukan untuk memegang sebanyak mungkin jawatan yang ada dalam negara serta mengaut keuntungan ke atas segala elaun yang ditawarkan, tetapi anda dilantik adalah untuk memberikan khidmat dan bekerja untuk rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Jumaat.

Terdahulu, Maszlee sah dilantik sebagai Presiden UIAM yang ketujuh selama tiga tahun selepas diberi perkenan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad Shah pada Rabu lalu.

Beliau disifatkan sebagai calon ideal untuk jawatan tersebut kerana merupakan seorang bekas pensyarah UIAM, selain pernah mengetuai Persatuan Staf Akademik UIAM dalam memperjuangkan hak-hak dan menjamin kebajikan para pensyarah.

Bagaimanapun, pelantikan tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang terkejut dan merasakan Maszlee tidak sepatutnya menerima jawatan tersebut kerana ia menjejaskan integritinya sebagai menteri pendidikan serta imej kerajaan PH secara keseluruhannya. – Sinar Online

Kategori