Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki Ditahan Bersama...

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki bersama 18 guni berisi 21.5 kilogram (kg) daun...

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah...

Tok Mat Tak Akan...

REMBAU : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menyifatkan semua...

Sapi Punya Susu, Facebook...

DALAM hanya beberapa tahun akan datang saja atau lebih cepat, syarikat-syarikat media bakal...

Lumba Bot Di Tambatan D’Raja Jumaat Ini

KOTA BHARU – Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Kejohanan Perlumbaan Bot sempena Hari Kebangsaan Ke-61 di Tambatan D’Raja di sini Jumaat ini.

Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) negeri, Mohd. Hakimi Mat Hashim berkata, pihaknya menjangkakan lebih 50 buah bot akan menyertai kejohanan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bot ‘scamper’; bot fiber enjin 15 kuasa kuda dan bot enjin galah.

Beliau berkata, kejohanan anjuran pertubuhan tersebut dan kerajaan negeri itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Belia dan Sukan; bomba; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; polis; Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi).

“Kejohanan yang bermula dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang itu merupakan inisiatif dari pihak MAYC negeri bagi memupuk semangat kemerdekaan dan kecintaan rakyat terhadap negara di samping mencungkil bakat dan kemahiran golongan belia dalam aktiviti lasak seperti ini.

“Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dijangka merasmikan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan ini,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pelaksana kejohanan tersebut di bilik mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini hari ini.


Mohd. Hakimi berkata, pihaknya akan turut mengadakan perarakan bot membawa Jalur Gemilang bermula di Sungai Kelantan bermula dari Tambatan D’Raja.

Tambahnya, antara acara lain akan diadakan ialah cabutan bertuah dan sukan air. – UTUSAN ONLINE

Kategori