KUALA LUMPUR – Juara dunia lima kali, Lin Dan tidak mahu Datuk Lee Chong Wei terlalu memikirkan karier badmintonnya ketika ini.
Sebaliknya, pemenang dua pingat emas Olimpik dari China itu mahu seteru lamanya itu fokus terhadap proses pemulihan selepas pendedahan yang mengatakan Chong Wei menderita kanser hidung peringkat awal. – BH Online