Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Pelukis Lukis Wajah Donald...

SEORANG pelukis, Sarah Levy telah melangkah ke arah seni provokatif apabila menghasilkan karya...

Perlumbaan Tangkap Buaya, Pemenang...

JAKARTA - Jabatan Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) mengadakan...

Agong Terima Watikah Lapan...

KUALA LUMPUR - Yang di- Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari...

Pramugara QZ8501 Pernah Luah...

Seorang pramugara yang bertugas dalam penerbangan pesawat QZ8501 yang hilang pernah menulis tweet...

Mahathir Didakwa Ugut Pemimpin UMNO Lompat Ke PPBM

DALAM satu laporan Malaysia Today Ogos lalu, Raja Petra Kamaruddin menulis mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mengugut pemimpin-pemimpin UMNO supaya menentang Datuk Seri Najib Razak.

Raja Petra mendakwa, ramai pemimpin mempunyai skandal atau terkait dengan isu besar melalui ahli keluarga mereka, yang boleh didedahkan sekiranya mereka enggan menyebelahi Mahathir melawan Najib.

Dakwaan ini kelihatan berkaitan dengan perkembangan terkini, apabila ramai pemimpin UMNO yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menyeberang ke PPBM yang dipimpin Mahathir.

Ini semua berlaku pada masa yang kritikal pada Mahathir, iaitu menjelang pilihan raya kecil di Port Dickson yang bakal mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli Parlimen dan perdana menteri seperti dijanjikan.

Mahathir dipercayai semakin bimbang dengan kemaraan Anwar, yang seluruh jenteranya semakin berani menuju ke Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Maka dakwaan mengugut Ahli Parlimen UMNO supaya menyertainya amat munasabah, kerana jumlah kerusi PPBM jauh ketinggalan dengan PKR.

Diandaikan PKR juga berpecah, tidak mudah bagi Mahathir untuk memancing ramai ahli Parlimen bagi mencukupkan jumlah diperlukan.

Dakwaan Raja Petra ini juga disokong oleh satu laporan Watan Online, yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditekan supaya mendakwa bekas-bekas menteri UMNO.

Menurut laporan itu, mereka ditekan dan diugut sedemikian dengan matlamat agar mereka meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM.

“Perdana menteri mengarahkan supaya SPRM menyiasat kesemua menteri dan timbalan menteri di bawah pentadbiran BN dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


“Malah, SPRM sedang meneliti dan sudah mempunyai senarai pendek yang bakal dipanggil dalam masa terdekat,” akhbar itu memetik sumber.

Laporan itu juga menyebut tekanan agar SPRM bertindak ini berlaku pada masa Anwar semakin hampir ke Parlimen, dan Mahathir kelihatan sedang berusaha merampas kembali UMNO melalui usaha ini.

Pada masa yang sama, portal Malaysia Gazette pula melaporkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa PPBM sedang giat membeli ahli Parlimen daripada UMNO dengan tawaran sehingga RM20 juta untuk meninggalkan parti itu.

“Saya dimaklumkan tawaran-tawaran yang cukup hebat daripada parti sebelah sana (PPBM) sehingga ada yang ditawarkan sehingga RM20 juta untuk meninggalkan UMNO

“Saya dimaklumkan tawaran sehingga RM20 juta, kalau 10 orang baru RM200 juta, kalau 20 orang baru RM400 juta. Jadi apa ada masalah di sebelah sana kalau kita lihat baru-baru ini mereka mendapat beberapa bilion daripada Iran.

“Jadi untuk mengekalkan Tun Mahathir terus menjadi perdana menteri, mereka akan membeli ahli-ahli Parlimen daripada UMNO walaupun dengan berapa nilainya,” katanya menurut laporan itu.

Portal itu melaporkan, usaha membeli wakil rakyat UMNO itu bertujuan memelihara dan mengekalkan kedudukan Mahathir sebagai perdana menteri.

Mahathir dipercayai cemas memandangkan jumlah kerusi Parlimen PPBM yang kecil bakal berdepan cabaran Anwar yang semakin hampir menjadi perdana menteri.

Mahathir dikatakan mahu segera mengukuhkan kedudukan dengan mengaut sokongan jumlah ahli Parlimen yang cukup untuk memenuhi agendanya, termasuk menghalang Anwar menjadi perdana menteri dan kemungkinan pindaan perlembagaan. – Mynewshub.tv

Kategori