Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

AEON Credit Dapat Notis...

KUALA LUMPUR – Aeon Credit Service (M) Bhd diberi notis taksiran (cukai) tambahan...

Tak Jaga Batas Gaul,...

RANCANGAN realiti televisyen berbentuk ilmiah bagi melahirkan ramai pendakwah muda Islam ternyata mendapat sambutan...

Ahmad Faizal Sedang Suaikan...

IPOH - "Saya sedar itu kelemahan saya", demikian pengakuan ikhlas Menteri Besar Perak...

Usah Terbabit Pergolakan Negara...

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia diingatkkan supaya tidak terbabit dengan sebarang pergolakan agama...

Mahkamah Perancis Umum Keputusan Gambar Separuh Bogel Kate

VERSAILLES – Mahkamah Perancis hari ini akan mengumumkan keputusan rayuan dua pengarang kanan majalah selebriti, Closer yang didenda susulan tindakan menyiarkan gambar separuh bogel Duchess of Cambridge pada 2012.

Kedua-dua pengarang serta dua jurugambar paparazzi yang disyaki merakam gambar itu, merayu hukuman pertama yang dijatuhi pada September 2017, selepas melanggar hak peribadi isteri Putera William, Kate Middleton.

Closer menyiarkan gambar separa bogel Kate yang hanya memakai bahagian bawah baju mandi ketika bercuti dengan William di wilayah Luberon di tenggara Perancis pada September 2012.

Pengarang majalah, Laurence Pieau dan penerbit Ernesto Mauri didenda 45,000 euro (RM217,497) tahun lalu, manakala jurugambar diperintahkan membayar denda 5,000 euro (RM24,165) dengan tambahan 5,000 euro (RM24,165) jika mengulangi kesalahan.

Majalah yang menggabungkan foto selebriti dengan gosip dan berita itu juga diperintahkan untuk membayar 100,000 euro (RM483,324) sebagai ganti rugi kepada pasangan diraja itu.


Peguam Closer, Paul-Albert Iweins, meminta mahkamah sama ada membatalkan atau mengurangkan denda yang dikenakan oleh mahkamah rendah Nanterre, Paris dengan alasan ia terlalu tinggi untuk satu kes peribadi.

Ketika perbicaraan pertama, Closer berhujah bahawa gambar-gambar berkenaan mempunyai kepentingan awam dan menyampaikan ‘imej positif’ kepada keluarga diraja.

Tetapi dalam surat yang dibacakan di mahkamah Mei lalu, William berkata, kes itu mengimbas kembali kenangan menyakitkan ketika paparazzi memburu ibunya, puteri Diana.

Diana terbunuh dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997 selepas diekori sekumpulan jurugambar. – AFP

Kategori