Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib: AGM Badan Peguam...

Bekas perdana menteri Najib Razak berhujah cabaran Badan Peguam Malaysia di mahkamah terhadap...

Pekerja McD Tak Sengaja...

PARA pekerja di sebuah rangkaian restoran makanan segera McDonald's di Zuchwil, Switzerland tidak menyedari...

TMJ Lawat Mangsa Banjir...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat...

IPU Shah Alam Hari...

KUALA LUMPUR - Shah Alam, Selangor kekal dengan rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara...

Mahkamah Putuskan Status Wang Dituntut UMNO

GEORGETOWN – Polis menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung wang tunai RM116.7 juta yang dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan kini didakwa UMNO sebagai milik parti itu, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Noor Rashid berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memulangkan wang itu sekiranya ia tiada kaitan dengan siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kita ada dua pilihan, ia bergantung kepada keputusan mahkamah sama ada wang itu dikendalikan mengikut tatacara jenayah atau dilucutkan hak.

“Polis mempunyai tempoh satu tahun untuk menyiapkan siasatan berkenaan kes itu yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

“Polis memerlukan masa bagi mengenal pasti nombor siri pada wang tunai dan rekod 12,000 barang kemas yang dirampas. Ini termasuk mengesan penjual dan pengeluar barangan itu,” katanya pada Majlis Penutup Sambutan Hari Inovasi PDRM di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, hari ini.

Beliau mengulas permohonan UMNO di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kembali wang tunai RM116.7 juta yang dirampas di kediaman Najib di Lengkok Duta dan sebuah apartmen di Pavilion Residences pada Jun lalu.

UMNO, menerusi writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi minggu lalu, mendakwa wang tunai berjumlah RM43.3 juta hilang ketika serbuan dan rampasan itu.


Noor Rashid berkata, berdasarkan siasatan semasa termasuk saksi, wang berkenaan diperoleh menerusi cara yang tidak sah .

Katanya, pihaknya mempunyai tempoh setahun untuk menyiapkan kertas siasatan namun ia tidak seharusnya sebegitu.

“Jika ia dapat disiapkan dalam tempoh dua bulan, kami akan menyiapkannya. Bagaimanapun, kes ini memakan masa yang banyak dan banyak perkara perlu dilakukan namun kami akan cuba menyiapkannya secepat yang mungkin,” katanya. -BH ONLINE 

Kategori