Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Pastikan Pesakit Mental Ambil...

ALOR SETAR - Pastikan pesakit mental mengambil ubat mengikut jadual dan dosis yang...

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan...

Syarikat Xiaomi China Tembusi...

BEIJING - Syarikat teknologi gergasi China Xiaomi memperkenalkan produk telefon pintar keluaran syarikat...

Isu UEC, Jaminan Menteri...

PERTUBUHAN Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan gabungan 300 pertubuhan Gerakan Pembela...

Mahkamah Syariah Wajar Dihormati Sebagaimana Mahkamah Sivil

KOTA BHARU – Tindakan hukuman sebat yang dikenakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu ke atas dua wanita, masing-masing berumur 32 dan 22 tahun, baru-baru ini seharusnya tidak dipertikaikan.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ia keputusan mahkamah yang perlu dihormati seperti mana prosedur dijalankan oleh mahkamah sivil.

“Tindakan rotan oleh mahkamah sivil jauh lebih keras berbanding mahkamah syariah tetapi tiada pertikaian berlaku, malah tindakan pertikai hukuman yang ditetapkan dianggap menghina mahkamah.

“Kenapa tindakan mempertikai hukuman mahkamah syariah tidak dilihat dalam pandangan sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pandangan barisan Kabinet hari ini yang disuarakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa adalah penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama yang bengis dengan hukuman berat menanti umatnya yang melakukan kesalahan.

Mengulas lanjut Mohamad Shukri berkata tidak wajar berlaku pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini, apatah lagi tindakan itu bertujuan memberi keinsafan kepada pesalah dan pengajaran kepada masyarakat lain.


“Memang setiap orang bebas bersuara tetapi kita harap dalam era Malaysia Baharu ini fikiran kita berubah terhadap nilai Islam di negara ini,” katanya.

Sementara itu Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Mohd Syahbudin Hashim berkata hukuman yang dilaksanakan mahkamah syariah itu dilihat amat wajar dilaksanakan bagi membendung kegiatan yang bercanggah dengan hukum agama dan budaya.

“Jika undang-undang syariah sudah memperuntukkan demikian, maka kita kena patuh pada kedaulatan undang-undang ditetapkan. Lagipun hukum Allah melangkaui kehendak manusia,” katanya. – BERNAMA

Kategori