Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

9 Tahun Berstatus Janda,...

WALAUPUN sudah bergelar janda selama sembilan tahun, pelakon jelita Wan Sharmila mengakui tidak...

Gelagat ‘Ah Long’ Serang...

REALITI... Simbah cat berwarna merah dan menggunakan kekerasan bagi mendapatkan semula wang yang dipinjam...

Pelacur Asing Ditahan Bersama...

PULAU PINANG - Seorang pelacur dipercayai warga Vietnam ditahan bersama peralatan untuk menghisap...

PRK Balakong: Hanya 25%...

BALAKONG - Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Malaysia Baharu Diselaputi Pelbagai Kecelaruan

BONGKAR… Era ‘Malaysia Baharu’ di bawah Pakatan Harapan (PH) sebenarnya diselaputi pelbagai kecelaruan, ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut beliau, kecelaruan yang dimaksudkan itu adalah dari segi politik dan urusan pentadbiran awam, aspek perundangan dan pengurusan ekonomi negara sejak PH berkuasa mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat.

Lebih membimbangkan lagi kata Asyraf Wajdi, adalah apabila rakyat turut dicelarukan dengan pelbagai penyimpangan ajaran agama dan nilai norma budaya tempatan kepada unsur luar yang penuh songsang.

“Apa saya lakarkan ini adalah untuk kita lebih yakini akan akar perjuangan parti kita, sekali gus tidak sesekali berkompromi dengan apa jua bentuk ideologi era pasca-moden yang mula berani menjelmakan wajah mereka di bawah pemerintahan baru Kerajaan PH.

“Nampaknya Kerajaan hari ini kalau mengikut bidalan Melayu lama ‘Agak Lebih, Daripada Agih’ iaitu lebih banyak bercakap dan menyalah daripada bekerja. Lebih banyak berdalih daripada cuba mengota ‘Seperti Air Besar Sampah Tak Hanyut’ dengan pelbagai harapan dan janji-janji yang akhirnya dikhianati.

“Kononnya nak hapuskan hutang PTPTN sehinggakan orang muda berjaya diumpan untuk menukar kerajaan, tetapi bila berkuasa, maruah mereka pula disergah dengan melabelkan mereka tidak tahu malu kerana tak bayar hutang.

“Kononnya atas dasar penjimatan, BR1M, bantuan sara hidup nelayan, kenaikan gaji penjawat awam tidak diteruskan, tetapi pada masa sama projek-projek yang menguntungkan para kroni dan kapitalis seperti Projek Kereta Nasional Ke-3 hendak dibangunkan semula.

“Kononnya hendak bela warga kota yang terbeban kos sara hidup dengan menghapuskan tol, tetapi bila sudah menang bagi alasan kerajaan pula yang terbeban kerana kos pengambilalihan konsesi tol mencecah RM400 bilion.

“Kononnya nak angkat “Rule of Law”, tetapi satu persatu norma perundangan dan kehakiman dicabuli, kes-kes melibatkan kepimpinan kerajaan digugurkan sesuka hati, pemimpin-pemimpin pembangkang pula dimalukan sebelum dibicarakan, dihukum sebelum disabitkan.

“Di manakah ‘Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang’ yang dicanangkan? Ini semua bukti dendam kesumat, kerakusan dan keserakahan Sang Penguasa sehingga dirobek ‘Kesopanan Dan Kesusilaan’.


“Kita ingat kerajaan Malaysia Baru ini benar-benar nak angkat “Rule of Law” tetapi rupa-rupanya ‘Law of the Jungle’,” katanya.

Akhirnya ujar beliau, rakyat menjadi semakin keliru dan dalam masa yang sama negara makin celaru. Rakyat juga katanya tidak tahu fakta mana yang betul.

“Sekejap kata hutang negara mencecah RM1 trilion, tetapi setelah berlakunya aliran keluar modal secara besar-besaran, mencecah RM38.27 bilion lantaran cemas dengan pendedahan ini, keluar pula kenyataan yang berbeza.

“Sekejap kata negara akan bankrap, tetapi baru 4 bulan berkuasa YB Menteri sekali lagi ubah kenyataan asal, mendakwa ekonomi kembali kukuh. ‘Pelik bin Ajaib’, ‘Jampi Serapah’ apa yang digunakan boleh merubah negara yang bankrap menjadi hebat dalam tempoh yang singkat. Itu tidak termasuk salah titik perpuluhan tatkala cuba menyalah kerajaan lama berkenaan angka baki tabung bayaran balik GST.

“Memang wajarlah kita syorkan Menteri ‘Hentam Saja’ dinobatkan ‘Menteri Kewangan Terbaik Dunia’ kerana tidak pernah dalam sejarah dunia sebuah negara berubah cemerlang hanya 4 bulan berkuasa. Cuma sayangnya beliau rupa-rupanya berhati tisu,” katanya sebagai menyindir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Asyraf Wajdi berkata demikian di dalam ucapan perasmiannya pada persidangan sayap Pergerakan Pemuda UMNO di PWTC, Kuala Lumpur pada Sabtu. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori