Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video Tular Trump Kagumi...

RIYADH - Rakaman video memaparkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump konon begitu...

Inkues Adib Ditangguh, Saksi...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner terpaksa menangguhkan inkues menentukan punca kematian anggota bomba,...

Hanya Nak Alih Kereta,...

Ibadah puasa sememangnya diwajibkan terhadap umat Islam bagi menguji kesabaran dalam menempuhi pelbagai...

Pembayaran BR1M Peringkat Kedua...

KEMENTERIAN kewangan memaklumkan pembayaran duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) peringkat kedua yang...

“Malaysia Baharu Jangan Bertembung Sudah”

KUALA LUMPUR – “Harapnya jangan bertembung sudah.”

Itu sindiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad berhubung perkembangan politik terkini membabitkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau dalam nada sinis menyebut kononnya dua matahari dijangka akan terbit menerangi Malaysia Baharu tidak lama lagi.

Kata beliau, jika berlaku pertembungan yang dibimbangkan, maka bermaksud satu bentuk hijrah ke belakang oleh Malaysia Baharu.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi merujuk kepada langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Kerusi itu dikosongkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar yang baru dibebaskan dari penjara dipercayai mahu segera kembali menjadi Ahli Parlimen untuk menuntut jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mahathir sebelum PRU14 berjanji akan memegang jawatan Perdana Menteri cuma buat seketika sebelum Anwar kembali dalam arena politik.

Bagaimanapun, terdapat desas desus Mahathir enggan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, sebaliknya kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang lebih dipercayainya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori