Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isa Diberi Seminggu Untuk...

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Mohd Isa Abdul...

Lebih 600 Ditangkap Operasi...

KUALA LUMPUR - Tindakan polis menggempur pusat hiburan di seluruh negara sepanjang minggu...

PM Lancar Kerja Pembinaan...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Sejak Hamil, Datuk K...

KETIKA seluruh nusantara meraikan berita kehamilan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza selepas 11...

Malaysia Tak Ada Rancangan Bangun Loji Nuklear

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak ada rancangan untuk membangunkan kuasa nuklear bagi menjana elektrik di Malaysia berikutan risiko-risiko yang berkaitan dengannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata walaupun kos pengeluaran tenaga menerusi kuasa nuklear adalah jauh lebih murah, namun kita masih kurang pengetahuan untuk mengendalikannya, terutamanya cara yang paling selamat untuk melupuskan sisa nuklear.

“Saya bantah kuasa nuklear kerana kita ada pengalaman buruk dengan bahan yang menghasilkan radiasi di negara ini,” katanya pada Persidangan Industri Bekalan Kuasa Elektrik (CEPSI) 2018, di sini, hari ini.

Dr Mahathir juga memberi contoh tragedi nuklear yang membawa bencana pada 1986, di Chernobyl, yang dianggap sebagai kemalangan loji kuasa nuklear paling buruk dalam sejarah dari segi kos dan mengorbankan banyak nyawa.

Menurutnya, semasa tempoh beliau menjadi perdana menteri keempat, negara berdepan dengan isu amang, bahan penghasil radiasi yang asalnya digunakan sebagai bahan dalam pengeluaran televisyen warna.

Sebagai resolusinya, bahan itu dikambus di kawasan meliputi satu kilometer persegi, yang menyebabkan kehilangan kawasan bagi pembangunan masa depan.

“Apa yang kita pelajari daripada ini adalah sisa buangan daripada bahan radiasi bukan mudah untuk dilupuskan,” katanya.

Dr Mahathir berkata prinsip yang sama terpakai bagi loji nuklear apabila tiba di peringkat untuk melupuskan sisa bahan nuklear.

“Walaupun sains semakin bertambah maju dalam bidang elektrik tetapi sains tidak dapat menangani sisa bahan nuklear selepas ia tidak lagi menjadi sumber kuasa.

“Ia mungkin lebih murah untuk menjana kuasa daripada bahan nuklear tetapi kita tidak akan melakukannya kerana kita tidak pasti kita boleh melupuskan sisanya,” katanya.

Beliau berkata kemalangan nuklear yang membawa bencana disebabkan kegagalan loji kuasa nuklear di Jepun dan Ukraine adalah contoh risiko-risiko berkaitan dengan penjanaan kuasa nuklear.


“Saya percaya yang kita masih belum cukup arif tentang bahan nuklear untuk menggunakannya sama ada ketika aman atau dalam peperangan,” katanya.

Dr Mahathir berkata negara akan terus menggunakan sumber fosil seperti bahan api dan arang batu serta hidro untuk menjana elektrik.

“Kita ada banyak arang batu di Malaysia tetapi setakat ini kita masih belum menggunakan sepenuhnya arang batu di Malaysia,” katanya sambil menambah kawasan-kawasan yang berpotensi antara lainnya termasuklah Selangor, Sabah dan Sarawak.

“Rasanya kita akan dapat membekalkan elektrik yang mencukupi ke negara ini bagi tempoh jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, mengenai kenderaan elektrik (EV), beliau berkata masih lama lagi untuk EV menggantikan enjin pembakaran dalaman (ICE) sebagai teknologi kereta utama disebabkan kekangan kos.

“Bateri menelan kos yang tinggi dan harga kereta akan menjadi dua kali ganda sekiranya ada mahu menggunakan kereta elektrik berbanding ICE.

“Kita akan menggunakan enjin pembakaran dalaman untuk tempoh yang lama lagi,” katanya.

Persidangan enam hari itu yang bermula semalam, menarik lebih 2,000 peserta dari 30 negara untuk berkongsi idea dan pandangan berkenaan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada industri bekalan kuasa. – BERNAMA

Kategori