Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Shafee Berniat Lengahkan Tuntutan...

KUALA LUMPUR : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon Mahkamah Tinggi di sini...

Sharnaaz Belum Sedia Ulas...

PETALING JAYA - Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan...

Wanita PKR Dakwa Pemilihan...

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak supaya Setiausaha Agung parti,...

Hanya Selangkah, Sudah Sampai...

BIASANYA, apabila anda mahu mendaki gunung dengan ketinggian ratusan meter dari permukaan, pastinya...

Malaysia Tewas 0-2 Berdepan Taiwan Pada Aksi Persahabatan

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak kebangsaan mempamerkan aksi hambar apabila tumpas 0-2 kepada Taiwan pada aksi persahabatan antarabangsa “A” di Stadium Perbandaran Taipei, Taiwan, malam ini.

Pada aksi berkenaan, pasukan tuan rumah jelas menguasai perlawanan menerusi asakan bertali arus ke arah kubu Malaysia dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi Wu Chun-ching pada minit ke-13.

Kedua-dua pasukan saling bertukar asakan, namun keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhir babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua perlawanan bermula, pasukan Taiwan kembali menggandakan asakan dan berjaya meraih gol kedua menerusi sentuhan penyudah Chu En-le pada minit ke-53.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui keadaan padang becak nyata menyukarkan jentera serangan negara menembusi pintu gol pasukan tuan rumah, namun beliau berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang melakukan beberapa percubaan berbahaya pada aksi tersebut.

“Kita pernah beraksi dalam keadaan seperti ini di negara kita tetapi keadaan padang lebih teruk daripada apa yang saya lihat.

“Namun, saya tidak menyalahkan keadaan padang sepenuhnya kerana fokus utama saya pada perlawanan ini untuk mendapatkan keserasian antara pemain dipanggil untuk beberapa perlawanan antarabangsa yang dirancang,” katanya pada sidang media selepas perlawanan berkenaan.


Audio sidang media berkenaan turut diperoleh Bernama daripada pegawai media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada masa sama, Cheng Hoe berharap pemainnya dapat memperbaiki mutu persembahan apabila berdepan Kemboja dalam aksi persahabatan antarabangsa “A” di Phnom Penh, Kemboja pada 10 Sept ini.

“Beraksi menentang Kemboja bukan satu tugas mudah memandangkan pasukan itu dilatih bekas pemain antarabangsa Jepun, Keisuke Honda. Tetapi itu bukan alasan untuk pemain kerana kita berharap dapat meraih kemenangan pada perlawanan selepas ini,” tegasnya.

Selepas aksi berdepan Taiwan dan Kemboja, skuad kebangsaan akan meneruskan beberapa lagi aksi persahabatan antarabangsa sebagai persiapan menghadapi saingan bola sepak Piala AFF Suzuki, November ini. – BERNAMA

Kategori