MEXICO CITY – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengubah hukuman ke atas tiga beradik warga Mexico yang dijatuhi hukuman gantung kerana jenayah mengedar dadah, kata Mexico.
Sultan Ibrahim mengubah hukuman mati ke atas banduan terbabit kepada hukuman penjara seumur hidup selepas bertahun-tahun di lobi oleh diplomat Mexico, kata kementerian luar negeri Mexico, kelmarin.
āIni adalah hasil daripada proses yang panjang dan dialog terperinci dengan pihak berkuasa persekutuan Malaysia,ā katanya dalam satu kenyataan.
Tiga beradik Simon, Luis Alfonso dan Jose Regino Gonzalez Villarreal ditangkap dalam satu serbuan di sebuah makmal methamphetamine di Johor pada Mac 2008.
Mereka yang berasal dari negeri Sinaloa, Mexico mengaku tidak bersalah dengan alasan mereka diupah untuk membersihkan bangunan berkenaan tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di dalamnya.
Mahkamah Malaysia menjatuhkan hukuman mati pada Mei 2012. Sabitan itu ditangguhkan selepas permohonan rayuan pada tahun berikutnya. – AFP/BH ONLINE
*Sekadar Video Hiasan..