Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Israel Tidak Boleh Dibiarkan...

NEW YORK - Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan...

Lelaki India Nama Cina...

SEGAMAT - Seorang lelaki yang secara tiba-tiba menarik perhatian ramai selepas MyKadnya menjadi...

RCI Wang Kelian: Saksi...

PUTRAJAYA - Terdapat banyak saksi yang takut untuk tampil memberi kerjasama kepada polis...

Sunway Pyramid Tawar ‘Tatu’...

PENCULIKAN kanak-kanak merupakan antara isu yang sering kita dengar terjadi di Malaysia. Ianya...

Malindo Air Bakal Mula Penerbangan KL-Kolkata

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Malindo Air akan memulakan penerbangan lima kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Kolkata, India bermula 22 Oktober ini.

Penerbangan akan mengambil masa tiga jam dan 55 minit sehala menggunakan pesawat Boeing 737NG yang mempunyai 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 150 atau 168 kerusi kelas ekonomi.

Penerbangan dengan kod OD281 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadualkan berlepas pada jam 9.55 malam dan akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhas Chandra Bose, Kolkata pada jam 11.20 malam.

Manakala penerbangan pulang dari Kolkata dengan kod OD282 akan berlepas pada hari berikutnya pada 12.10 pagi dan tiba di KLIA pukul 6.35 pagi.

Ketua pegawai eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy berkata bandaraya Kolkata merupakan destinasi India ke-8 oleh Malindo Air dan dengan penerbangan lima kali seminggu diharap dapat meningkatkan pengunjung ke bandar itu.

“Kami bercita-cita untuk menghubungkan penumpang ke pelbagai destinasi di rangkaian kami dari rantau ASEAN ke Australia melalui Kuala Lumpur. Kami optimis mengenai laluan ini dan kami menjangkakan lebih banyak frekuensi dalam masa terdekat ini.


“Penerbangan sulung kami akan bermula pada waktu yang sesuai iaitu tempoh perjalanan puncak akhir tahun India. Penerbangan kami menawarkan pilihan premium dengan elaun bagasi 25 kilogram untuk kelas ekonomi dan 40 kilogram untuk kelas perniagaan, hidangan makanan semasa penerbangan dan ruang kaki yang luas,” katanya dalam satu kenyataan.

Harga promosi yang ditawarkan ialah RM499 untuk kelas ekonomi dan RM899 untuk kelas perniagaan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur. Tempahan boleh dibuat melalui laman web Malindo Air, www.malindoair.com. – BERNAMA

Kategori