Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi 3 Bulan Meninggal...

PETALING JAYA - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia ketika berada...

Sebuah Sekolah Rendah Ditutup...

MIRI - Sebuah sekolah rendah ditutup manakala sebuah rumah panjang dinaiki air setinggi...

Demonstrasi Tidak Hentikan GST...

PUTRAJAYA - Demonstrasi tidak akan melambatkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang...

Banjir: Budak Perempuan 2...

KUALA TERENGGANU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir...

Mangsa Dipercayai Beli Arak Beracun Di Bangi Lama

KAJANG – Seorang mangsa keracunan arak yang kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kajang, dikatakan membeli minuman keras itu di sebuah kedai di Bangi Lama.

Warga Myanmar Min Laung Ain, 38, yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada 11 malam semalam, kini dalam pengawasan rapi pihak hospital.

Majikannya A Selva, 52, ketika ditemui pemberita selepas melawat pekerja kilang cerucuk yang sudah berkhidmat dengannya selama 15 tahun itu malam ini, berkata beliau membawa sampel arak diminum mangsa dan rakannya untuk pemeriksaan pihak hospital.

“Saya pelik bagaimana keadaan boleh sebegitu teruk sedangkan saya difahamkan mangsa dan tiga rakannya hanya meminum separuh daripada arak bersaiz satu liter itu,” katanya, sambil memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas ini.

Min Laung merupakan seorang daripada 33 mangsa yang dimasukkan ke beberapa hospital di Lembah Klang sejak semalam, dipercayai akibat keracunan arak.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dalam satu kenyataan petang tadi, berkata 15 mangsa terdiri daripada warga asing dan tempatan maut dalam kejadian itu, dengan tujuh mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh.


Empat meninggal dunia di Hospital Kajang manakala empat lagi maut ketika menerima rawatan di Hospital Selayang.

Sementara itu, penyelia syarikat S Rajalingam, 39, yang membawa Min Laung ke hospital, berkata beliau bimbang apabila Min Laung yang pada awalnya masih bersuara bertukar senyap secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Ketika dalam perjalanan mangsa masih boleh bercakap, tiba-tiba senyap dengan mulut berbuih membuatkan saya takut dan memecut laju ke hospital. Min Laung biasanya akan berkumpul dan minum bersama rakan-rakannya ketika cuti hujung minggu,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • arak

Kategori