Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengguna ICQS Bukit Kayu...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menganggarkan jumlah mereka yang menggunakan laluan keluar...

Tam Suka Kopi O,...

ALOR SETAR - Kebiasaan makanan lembu adalah rumput atau dedak, namun bagi seekor...

UiTM Kekal Untuk Orang...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar...

PRU15: [TIDAK RASMI] BN...

IPOH – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Mah Hang Soon mendahului calon-calon...

‘Marshall’ Tidak Dibenar Kawal Lalu Lintas – PDRM

KUALA LUMPUR – Pengiring atau ‘marshall’ tidak dibenarkan mengawal lalu lintas pada penganjuran sebarang program seperti pertandingan atau aktiviti berkonvoi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan hari ini berkata jika khidmat pengiring diperlukan, ia mesti disertai anggota polis trafik.

“Orang awam dan pengguna jalan raya boleh mengingkari perintah marshall ini jika mereka melakukan tugas-tugas polis trafik seperti meminta anda memberi laluan, memberhentikan kenderaan di persimpangan jalan dan melencongkan kenderaan (dan sebagainya),” katanya.

Mana-mana individu atau kumpulan yang menjalankan tugas mengawal trafik tanpa anggota polis trafik boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 atau Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori