Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Serangan Jejaskan Paris, Ramai...

PARIS - Syarikat penerbangan meneruskan laluan ke Paris semalam (14 Nov) tetapi serangan ganas...

UK Sahkan 3,201 Lagi...

LONDON: Sejumlah 3,201 kes varian Omicron dikesan di United Kingdom (UK), menjadikan jumlah...

PAS Bersedia Lawan Pakatan...

KUALA LUMPUR - PAS bersedia untuk melawan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri...

Google Rai Ulang Tahun...

GOOGLE pada Isnin mengumumkan ciri-ciri baharu Gmail semasa meraikan ulang tahun ke-15 perkhidmatan...

Mata Wang Digital Merudum

FRANKFURT, Jerman – Nilai mata wang kripto se­perti Bitcoin dan lain-lain bentuk mata wang digital menjunam sebanyak 80 peratus sejak Januari lalu dengan jumlah kerugian sebanyak AS$640 bilion (RM2.7 trilion), menurut analisis industri semalam, lapor MailOnline.

Mata wang kripto pernah dilihat sebagai komoditi terlaris dalam pasaran kewangan tetapi kini telah mencetuskan perbandingan dengan spekulasi Dot-Com pada hari-hari awal kewujudan internet pada tahun 2000.

Penemuan itu dibuat oleh sebuah firma yang berpangkalan di Frankfurt, Indeks MVIS CryptoCompare Digital Assets 10.

Dari tahun 1997 hingga 2001, sebilangan besar syarikat berasaskan talian yang lazimnya dirujuk sebagai Dot-Com telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Bagaimanapun, nilai kebanyakan syarikat ini mula menjunam sekitar permulaan era milenium. Sesetengah seperti eBay dan Ama­zon.com masih mampu bertahan dan melepasi puncak harga saham ketika spekulasi berlaku, tetapi beratus-ratus syarikat lain tidak bernasib baik.

Penurunan berterusan dalam mata wang kripto juga telah dicetuskan oleh amalan pelabur institusi, bank dan pengawal selia.

“Ia hanya memperlihatkan gelembung besar dan spekulatif secara keseluruhan dalam keadaan ramai antara kita memberi amaran,” kata ketua penganalisis pasaran di London untuk Markets.com, sebuah platform dagangan pertukaran asing kepada Bloomberg.


Kerugian itu didahului oleh Ether, mata wang maya kedua terbesar selepas Bitcoin.

Nilainya jatuh sehingga enam peratus kepada AS$171.15 (RM929) pada pukul 7.50 pagi di New York semalam, menjadikan penurunan nilai keseluruhan bulan ini kepada 40 peratus.

Bitcoin kekal stabil, manakala Indeks MVIS CryptoCompare jatuh 3.8 peratus, lapor Bloom­berg. Pada ketinggian kripto-mania di seluruh dunia, nilai mata wang ini lebih daripada AS$830 bilion (RM3.43 trilion). – Agensi/Kosmo Online

Kategori