Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Adakala Muntah Di Gelanggang,...

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada...

Amah Larikan Wang Kemas...

Bukit Mertajam : Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah wanita warga asing yang...

Menulis, Membaca Al-Quran Dalam...

PUTRAJAYA - Menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah dilarang,...

Tok Mat Akui Akar...

PONTIAN - UMNO mengakui Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai oleh parti itu dengan...

MEF Gesa Kerajaan Fokus Kemahiran Pekerja Daripada Gaji Minimum

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kemahiran pekerja tempatan dengan sekurang-kurangnya menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 supaya gaji dapat diberikan mengikut kemahiran mereka, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata selain membantu membangunkan ekonomi negara, langkah itu juga dapat memastikan pekerja tempatan menikmati manfaat dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,050 yang berkuat kuasa Januari depan.

“Di Malaysia ada kira-kira 1.9 juta pekerja dengan gaji kurang daripada RM1,200 dan 1.8 juta daripadanya adalah warga asing. Semakan gaji minimum tersebut menyebabkan pekerja asing turut mendapat faedah dan mereka rata-rata tidak membelanjakan wang itu dalam negara kerana menghantar wang kepada keluarga.

“Perkara itu sekali gus menyebabkan berlakunya pengaliran wang keluar dengan lebih ketara menjelang pelaksanaan gaji minimum tahun depan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Shamsuddin mengulas pengumuman kadar gaji minimum RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Semalam, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.


Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Kerajaan juga memutuskan tidak memberikan sebarang subsidi kepada majikan kerana kekangan kewangan semasa negara.

Sementara itu, Shamsuddin berkata keputusan untuk menyeragamkan gaji minimum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga tidak selaras dengan peruntukan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang mana gaji ditetapkan mengikut kawasan, sektor dan jenis pekerjaan.

Katanya, ia akan membebankan para majikan di Sabah dan Sarawak kerana perlu membayar gaji yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan sedia ada. – BERNAMA

Kategori