Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Suami Durjana Bernafsu Lihat...

KUALA LUMPUR - Selama dua tahun, seorang wanita terpaksa menanggung derita akibat kecenderungan...

Hampir 900 Wakil Media...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 892 wakil media dari 113 agensi berita tempatan dan...

WUF9 Jangka Tarik 25,000...

PETALING JAYA – Kira-kira 25,000 peserta dari seluruh dunia dijangka menghadiri Forum Bandar...

Selagi Ada DAP, Selagi...

SESIAPA saja pasti akan melakukan bantahan dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka sekiranya agama,...

Mekanisme Kawalan Harga Ubat Diumum Bulan Hadapan

IPOH – Mekanisme pengawalan harga ubat dalam pasaran dijangka diumumkan bulan hadapan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu diadakan oleh pihaknya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bulan lepas dan berharap mekanisme itu akan dapat diumum sebelum pembentangan Bajet 2019.

“Setiap tahun harga ubat naik 10 hingga 20 peratus dan ini biasa. Sebab itu untuk ubat biasa kita cuba gunakan ubat generik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabanga kedua mengenai Farmasi dan Sains Kesihatan di sini, hari ini.

Persidangan selama tiga hari mulai hari ini, yang bertemakan Mengintegrasi Penyelidikan Inovasi, Teknologi, Amalan Ke Arah Kesihatan Mapan, disertai 150 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, Dr Lee, yang juga Anggota Parlimen Gopeng, berkata peningkatan harga ubat turut dipengaruhi oleh kaedah yang digunakan untuk membawa ia masuk ke negara ini.

“Kita harap ubat dibawa ke Malaysia dibawa dengan kaedah senang supaya kos untuk mereka dalam farmaseutikal dapat dikurangkan,” katanya sambil menambah kebanyakan ubat diimport dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.


Tambahnya, satu kajian di AS ke atas 13 syarikat farmaseutikal mendapati peningkatan harga ubat disebabkan oleh kos untuk pengiklanan serta pemasaran dan bukannya kerana penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Jadi biasanya bila farmaseutikal katakan harga ubat tinggi sebab R&D fakta itu tidak tepat. Lebih belanja banyak duit untuk iklan dan pemasaran,” katanya. – BERNAMA

Kategori