Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

China Buka Kilang Klon...

TIANJIN - Lebih 200 tahun lalu, ahli ekonomi Britain, Thomas Robert Mathus meramalkan...

200 Batu Karang Dalam...

BEIJING- Sekumpulan doktor China berjaya mengeluarkan lebih 200 batu karang di dalam pundi...

LHDN Sasar 4.2 Juta...

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan sebanyak 4.2 juta pembayar...

UJ Nafi Guan Eng...

SHAH ALAM - Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJ) menafikan segala dakwaan palsu dan...

Melaka Bakal Buka Laluan Perjalanan Udara Ke Sabah

KOTA KINABALU – Hubungan baik antara Melaka dan Sabah akan diperkukuhkan lagi menerusi penerbangan terus dari Lapangan Terbang Melaka (LTAM) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata keputusan berkaitan perkara itu akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat sebaik selesai proses perbincangan bersama pihak Malaysia Airport Holdings Berhad selain kerjasama Kementerian Pengangkutan.

“Ini adalah antara inisiatif yang dirancang kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Melaka pada tahun depan, di samping memperluaskan lagi industri pelancongan di kedua-dua negeri,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini hari ini.

Adly berkata hingga kini, Melaka menerima kira-kira 17 juta pelancong dan beliau yakin dengan adanya penerbangan secara terus itu akan memberi lebih manfaat kepada kedua-dua negeri.

Selain itu, beliau berkata antara perkara lain yang dibincangkan dalam kunjungan tersebut ialah kerjasama antara Yayasan Sabah dan Yayasan Melaka di Tawau dalam bidang perladangan.


“Selepas mengadakan lawatan ke Yayasan Melaka di Tawau, kita akan menilai semula pelaksanaan serta pengurusan yayasan itu dan kita merasakan dengan penstrukturan semula, Yayasan Sabah dan Yayasan Melaka akan dapat bekerjasama dengan lebih baik,” katanya. – BERNAMA

*SEKADAR VIDEO HIASAN..

Kategori