Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Dirempuh Kereta...

KUANTAN – Seorang wanita maut apabila motosikalnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan...

Umno Langgar Piagam MN?...

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa...

Saya Cari Alasan Tinggal...

PELAKON dan penyanyi popular dari negara seberang, Bunga Citra Lestari mengakui jika mendapat...

Saksi Diarah Tampil Bantu...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyenaraikan beberapa saksi penting...

Mengapa Tidak Desak Tutup Kilang Arak?

KUALA LUMPUR – Mengapa tidak ramai mendesak kerajaan supaya menutup kilang arak di Malaysia selepas berpuluh orang dilaporkan maut akibat minum arak mengandungi metanol?

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, senario itu sangat berbeza sewaktu insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah yang mengorbankan seramai 20 nyawa pada 14 September tahun lalu.

“Ekoran peristiwa itu, pantas pihak berfikiran liberal mencadangkan supaya pusat tahfiz ditutup kerana mendakwa tahfiz tidak membawa apa-apa kebaikan kepada pembangunan negara.

“Hari ini Malaysia telah mencatat 31 orang maut akibat minum arak beracun yang mengandungi metanol. Anehnya golongan liberal membisu sejuta bahasa. Tidak kedengaran pula suara mereka menggesa agar kilang arak ditutup ekoran tragedi ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebilangan rakyat Malaysia pada tahun lalu mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) menutup pusat tahfiz kerana didakwa tidak selamat untuk pelajar.


Bekas Menteri Penerangan yang juga penyokong kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Zainuddin Maidin turut mendesak perkara sama.

Beliau malah mempolitikkan insiden kebakaran yang mengorban pelajar tahfiz itu dengan mengaitkan lawatan kerja Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Perdana Menteri ketika itu ke Amerika Syarikat (AS). – MYNEWSHUB.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • arak

Kategori