Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 3 Pemuda,...

MACHANG - Polis menahan tiga pemuda dan merampas sejumlah 381 biji pil kuda...

ROS Nafi Dakwaan Luluskan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menafikan dakwaan agensi itu sudah...

DAP Cadang Suruhanjaya Siasatan...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa kerajaan mewujudkan sebuah suruhanjaya...

Warga Emas Eksploitasi Pembantu...

PETALING JAYA - Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai dieksploitasi...

Merdekakan Malaysia Dari Dadah

KUCHING – Sejajar dengan semangat ‘Sayangi Malaysiaku’ adalah menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat untuk memperjuangkan dan mempertahankan Malaysia agar merdeka daripada dadah.

Pengerusi Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Rawatan dan Penyembuhan (CCRC) Kuching, Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki berkata dadah adalah musuh utama negara, ia bukan sahaja memudaratkan diri malah melibatkan anggota keluarga serta masyarakat.

“Kepada para pelatih CCRC, Klinik C&C, Sekolah Tunas Bakti dan Asrama Akhlas Kuching, “tukar pemikiran anda, tukar tindakan anda, bersedia dan mulakan perubahan yang baharu”.

“Di hadapan anda terbentang luas pelbagai jalan yang menjadi pilihan anda, terpulang kepada pilihan anda hendak mengikut mana satu, tepuk dada dan tanya diri sendiri, beringat- ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna,” katanya ketika berucap pada majlis Program Sayangi Malaysiaku di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching di sini, hari ini.

Khalid berkata, pilih jalan yang menguntungkan dan tidak menyusahkan diri serta orang sekeliling yang menyayangi anda.

Setakat Ogos 2018, seramai 123 orang pelatih telah dimasukkan ke CCRC Kuching bagi menjalani rawatan dan pemulihan dadah. – BERNAMA

Kategori