Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JPJ Kesan Scammer Lesen...

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket pengeluaran lesen memandu...

Perak Sentiasa Hargai Kesetiaan...

KUALA KANGSAR - Kerajaan Negeri Perak tidak melupakan semangat kesetiaan yang ditunjukkan anggota...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes pecah rumah di...

Isteri Daim Didakwa Tidak...

Kuala Lumpur: Isteri Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid didakwa ke...

Messi Kalahkan Dani Alves Untuk Rekod Baharu La Liga

PEMAIN sensasi, Lionel Messi memecah rekod sebagai pemain bukan Sepanyol yang paling kerap membuat kemunculan dalam La Liga.

Messi membuat kemunculan ke 423 pada Ahad sewaktu menentang Girona, sekaligus mengatasi rekod yang dipegang oleh Dani Alves selama ini.

Menerusi kemunculan itu, dia turut membantu pasukannya apabila menyumbang jaringan pembukaan.

Sepanjang 14 tahun bermain dalam liga itu, dia telah menjaringkan 380 gol.

Biarpun menampilkan prestasi memberangsangkan musim ini, pemain berusia 31 tahun itu nampaknya tidak tersenarai dalam finalis anugerah Pemain Terbaik FIFA.

Antara nama yang berjaya mengenepikan Messi dalam merebut anugerah itu ialah Luka Modric, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah.


Pengkritik menyifatkan prestasi hambar Messi di Piala Dunia Russia baru-baru ini sebagai punca dia gagal menempatkan diri dalam barisan calon anugerah itu.

Sepanjang kerjayanya, Messi sudah memenangi lima Ballon d’Or, berkongsi kedudukan dengan seteru utamanya, Ronaldo.

Messi kini dikatakan berusaha untuk membuktikan bahawa dia masih lagi antara pemain bola sepak terbaik di dunia. – Goal.Com/mStar Online

Kategori