Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila seorang Ahli Parlimen...

Tendangan ‘Maut’ Wanita Buat...

TINDAKAN nekad seorang wanita menendang motosikal dinaiki seorang lelaki yang cuba mencabulnya berjaya...

BN, Najib Miliki Kelebihan...

KUALA LUMPUR - Parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri Datuk Seri...

PRN: Kubu Kuat DAP...

KUCHING - Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak sudah memasuki hari keenam...

Mufti Wilayah Pertahan Institusi Tahfiz

KUALA LUMPUR – Istitusi tahfiz sewajarnya dihormati dan kesalahan individu tidak wajar dikaitkan dengan institusi berkenaan sebagaimana pepatah Melayu, “Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, membina persepsi dan spekulasi terhadap institusi itu hanya menyuburkan bibit Islamofobia yang sepatutnya tidak berlaku di negara umat Islam berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia.

“Kami amat berharap semua pihak dapat menggunakan kebijaksanaan akal dan ilmu bagi mendepani isu seperti ini supaya tidak terpandu oleh emosi yang mengatasi simpati dan empati.

“Keadilan adalah selama-lamanya tunjang yang utuh dalam Islam walaupun terhadap individu yang dibenci. Firman Allah SWT: dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Ma’idah: 8)

“Sudah sampai masanya kita mempertimbangkan beberapa cadangan untuk dilaksanakan bagi memperkemaskan urustadbir institusi pendidikan tahfiz negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebilangan rakyat Malaysia mendesak supaya pusat tahfiz di seluruh negara ditutup disebabkan kes seorang pengetua sebuah pusat tahfiz dihadapkan ke mahkamah semalam kerana dituduh meliwat dan mencabul sembilan pelajar lelakinya di Kepong.

Media arus perdana dan media alternatif pro-kerajaan pula sejak kelmarin memuat naik pelbagai berita-berita negatif mengenai insiden melibatkan pusat tahfiz.

Bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin pada Julai lalu pernah mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanya tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam.

Beliau yang juga penyokong kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad malah pernah menyarankan semua sekolah tahfiz swasta digantung atau ditutup serta-merta kerana ia bertumbuh liar, bersistem kuno dan tidak bertamadun yang mungkin membawa tragedi lebih besar..

Terdahulu, Zulkifli berkata, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sejak dahulu sentiasa konsisten menentang sebarang bentuk manipulasi, penderaan, ketidakadilan dan penindasan kepada kanak-kanak.


Berikuta cadangan beliau bagi memperkemaskan urustadbir institusi pendidikan tahfiz negara:

i. Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) hendaklah terus diperkasakan.

ii. Cadangan YB Puan Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi pendaftaran Ma’ahad Tahfiz (yang tidak berdaftar) adalah satu cadangan yang wajar dipandang serius.

iii. Pemantauan berkala urustadbir dan kebajikan pelajar Ma’ahad Tahfiz di setiap kawasan dijalankan oleh Ahli Parlimen kawasan.

“Sejujurnya kita akui bahawa institusi tahfiz seperti mana-mana insitusi pendidikan yang lain, ada kelemahan yang perlu diperbaiki. Kami amat menyayangi para guru, pentadbir dan pelajar-pelajarnya.

“Kita letakkan sepenuh kepercayaan kepada mahkamah. Semoga mendung ini bakal berlalu dan menghadirkan sinar kecemerlangan buat institusi tahfiz di Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Kategori