Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tangguh Sidang Dewan Negara,...

KUALA LUMPUR - Seramai 16 Senator Pakatan Harapan (PH) menyerahkan memorandum kepada Yang...

LIMA 2015 Dijangka Tarik...

LANGKAWI - Jumlah pengunjung ke Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA'15) mencatat...

Belanda Henti Sementara Visa...

ISLAMABAD - Pihak berkuasa Belanda menghentikan sementara perkhidmatan visa dan pasport di Pakistan,...

Berita Pelawak Pie Sudah...

KHABAR angin yang mendakwa pelakon komedi, Shafiee Jaafar atau mesra disapa Pie telah...

Muhammad Shafee Mohon Ketepikan Gopal Sri Ram Ketuai Barisan Pendakwaan

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah akan mengemukakan permohonan rasmi untuk mengetepikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai barisan pendakwaan terhadapnya.

Ini ekoran dakwaan Muhammad Shafee bahawa wujudnya hubungan tidak harmoni antara bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu dengan dirinya sejak dahulu lagi yang tidak memihak kepadanya.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Muhammad Shafee kepada Hakim Azura Alwi ketika Mahkamah Sesyen di sini memberikan peluang kepadanya untuk mengatakan sesuatu.

Menurut Muhammad Shafee, ekoran daripada situasi tidak harmoni antara Muhammad Shafee dengan Sri Ram yang mengetuai barisan pendakwaan, tertuduh itu melahirkan kebimbangannya untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Tertuduh itu juga mendakwa, sebelum ditangkap pagi ini, Muhammad Shafee bertemu dengan anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE

Kategori