Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

No Reason To Fear...

In people with chronic obstructive pulmonary disease (COPD), annual flu vaccination is associated with a reduction in the number of exacerbations, hospitalisations, outpatient visits, and all-cause and respiratory mortality.

Pesta Arak: Pakatan Harapan...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan mendakwa pesta arak Better Beer Festival 2017...

Warga Permatang Pauh Diseru...

MESKIPUN ada usaha geng PKR cuba kacau sebelum kantoi ditahan polis, namun Perdana...

Memperkenalkan Tablet Ternipis Di...

Dell nampaknya telah mengorak langkah dengan pengenalan peranti terbaru mereka dalam arena tablet.Dinamakan...

Musa Aman Dikejarkan Ke IJN Kerana Masalah Kesihatan

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan pada 6.30 petang tadi.

Menurut sumber, Musa yang hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung kes rasuah, terpaksa menghentikan sesi soal siasat lebih awal.

Sumber itu berkata Musa dibawa ke Hospital Putrajaya terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan sebelum dikejarkan ke IJN.

“Pasukan siasatan SPRM belum selesai mengambil keterangan daripada Musa kerana beliau menghadapi masalah kesihatan,” katanya.

Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dipanggil ke ibu pejabat SPRM, dipercayai bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.


Beliau yang diiringi peguamnya tiba pada 11.45 pagi menaiki dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire berwarna hitam serta perak, dan dilihat meninggalkan bangunan SPRM berkenaan pada 2.10 petang tadi. – BERNAMA

Kategori