Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan Bersedia...

KUALA LUMPUR - Pelakon Rozita Che Wan sedia menerima tawaran mana-mana pihak yang...

Tunjuk Kaya Raya, Gadis...

MEMPUNYAI kekayaan yang berlimpah ruah memang membanggakan sesiapa pun. Selain itu jumlahnya mungkin...

Keputusan Rayuan Azeez Batal...

PUTRAJAYA – Rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim...

5,134 Terlibat Dalam Langkah...

KUALA LUMPUR - Seramai 5,134 pekerja terlibat dalam langkah pengurangan pekerja Syarikat Berkaitan...

Muslimat, Pemuda PAS Di Perhimpunan Agung UMNO

MERIAH… Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh buat pertama kali hadir Persidangan Tahunan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di ibu negara pada Sabtu.

Kehadiran beliau bersama-sama dengan beberapa ahli jawatankuasa Muslimat PAS ekoran kerjasama UMNO dan parti tersebut sebagai blok pembangkang dalam tiga pilihan raya kecil (PRK) di Selangor baru baru ini.

Malahan pada pertengahan bulan ini, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad turut julung kali melakar sejarah parti itu apabila hadir muktamar tahunan Dewan Muslimat PAS di Terengganu.

Noraini mengalu-alukan kehadiran Nuridah dan rombongannya ke perhimpunan kali ini dan menyifatkan kerjasama antara dua blok parti Melayu itu adalah untuk kepentingan agama Islam dan kaum Melayu sendiri.

Sementara itu kehadiran wakil Dewan Pemuda PAS ke persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini membuktikan kerjasama parti pembangkang perlu diperkukuhkan, ujar ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi,

“Hari ini kami daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia dapat bersama-sama menyertai perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO yang kami dijemput awal. Jadi saya mengucapkan terima kasih di atas jemputan ini.

“Kehadiran ini adalah untuk membuktikan kerjasama pakatan pembangkang perlu diperkukuh dalam mendepani cabaran politik yang berlaku di dalam negara kita pada hari ini,” katanya ketika ditemui media di PWTC.

 


Selain itu, Muhammad Khalil turut mengulangi pendirian parti tersebut yang terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang demi kepentingan Islam, Melayu dan negara.

“PAS adalah satu parti yang terbuka. Politik adalah satu perkara yang fleksibel. Buat masa ini bagi PAS kita bekerjasama, tolong-menolong dalam konteks parti pembangkang perlu diperkukuhkan antara satu sama lain.

“Ini untuk kita mendepani kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berkuasa hari ini. Kita bersedia dengan semua pihak, bukan sahaja UMNO bahkan dengan semua parti untuk kepentingan islam, Melayu dan negara,” katanya.

Kerjasama antara UMNO dan PAS bermula pada PRK kerusi DUN Sungai Kandis. Ia kemudian diteruskan dengan kedua-dua parti turut bekerjasama di dalam menggerakkan kempen calon PAS yang bertanding pada PRK Seri Setia.

Pada Muktamar PAS awal bulan lalu di Terengganu, pimpinan tertinggi UMNO termasuk Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah turut hadir selepas menerima jemputan daripada parti berkenaan.

Dan pada malam ini ketika perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 oleh presiden, sebilangan pimpinan PAS turut dijangka hadir buat kali pertama dalam acara tahunan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori