Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pertandingan 3 Penjuru PRK...

LUNDU - Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu...

Keberanian Rakyat Turki Selamatkan...

ISTANBUL - Jutaan rakyat Turki membanjiri Jambatan Bosphorus malam tadi sempena ulang tahun...

Gambar Dah Viral, Akhirnya...

KERETA Mercedes Benz S300L bernombor plat PG 1 yang menjadi kenderaan rasmi Ketua Menteri...

Jom Lihat Kemusnahan Akibat...

PERANG saudara di Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan sejak awal 2011. Tidak seperti...

Nadma Bangun SOP Urus Bencana Sempadan Malaysia-Thai

PASIR MAS – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan bencana di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Nadma, Datuk Azizan Abu Taat berkata SOP tersebut diperlukan bagi melancarkan kerja-kerja menyelamat dan pengurusan apabila berlaku bencana di kawasan sempadan kedua-dua negara.

“SOP itu akan dapat menggerakkan aset-aset penyelamat secara bersama dari kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Latihan Amali Bencana Antara Kelantan dan Narathiwat (wilayah selatan Thailand) di Tasik Danau Tok Uban di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Pencegahan dan Pengurangan Bencana Serantau Wilayah 12 Songkhla, Left Trakul Tho Tham.

Mengenai latihan tersebut Azizan berkata latihan berkenaan bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama antara pihak berkuasa Malaysia dan Thailand dalam menghadapi sesuatu bencana.

Katanya latihan itu juga bagi memastikan agensi keselamatan mahir dalam bidang pengurusan dan operasi bencana termasuk dalam menghadapi musim tengkujuh di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. – BERNAMA

Kategori