Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bunuh 2 Beradik, 2...

PETALING JAYA - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Rakyat M’sia Mangsa Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Lima rakyat Malaysia yang cedera selepas dua belon udara panas...

APK Cadang Serah Muzium,...

ALOR SETAR - Angkatan Pelukis Kedah (APK) dan kerajaan negeri berhasrat menyerahkan Muzium...

BN Sarawak Bakal Buat...

Dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Kesebelas (PRN-11), Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan...

Najib Dedah Pemberian Kiswah Kaabah Dari Raja Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan menerima hadiah kelambu kiswah melindungi kaabah dari Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz bagi menghargai hubungan baik kedua-dua negara.

Menurut Najib, kain kiswah dari bahagian Multazam yang menutup pintu Kaabah itu banyak tenunan dan hiasan benang perak dan benang emas seberat 170kg masih tersimpan rapi.

“Saya pernah mempamerkan kiswah yang besar ini di Seri Perdana untuk seketika tetapi tidak pernah memaklumkan di media tempatan mengenai pemberian kiswah ini kepada saya.

“Ini ialah kerana Almarhum Raja Abdullah merasakan kebimbangan baginda perkongsian mengenai pemberian ini mungkin ada impak kepada negara-negara Islam yang lain,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata, beliau mendedahkan pemberian berharga itu agar rakyat mengetahui betapa eratnya hubungan Malaysia dengan Arab Saudi.

Pendedahan tersebut juga dibuat berikutan pertanyaan rakyat mengenai hubungan dengan Arab Saudi susulan keputusan kerajaan untuk membatalkan penubuhan Pusat Keamanan Raja Salman di Malaysia baru-baru ini.


Menurut Najib beliau berhasrat untuk mempamerkan kiwsah bernilai AS20 juta itu suatu galeri di ibu negara ataupun di Pekan, Pahang.

Najib berkata, hasil hubungan baik juga, Malaysia turut diberikan kuota tambahan jemaah haji sebanyak 20,000 secara one-off. Kuota tersebut digunakan 1Malaysia Development Berhad untuk menghantar umat Islam mengerjakan ibadah haji.

Malahan Najib juga pernah menerima King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) iaitu satu anugerah yang tidak pernah diberi kepada mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.- UTUSAN ONLINE

Kategori