Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PKPD Di Asrama Pekerja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama...

Jemaah Haji Dinasihat Rujuk...

MADINAH - Unit Bimbingan dan Ziarah Tabung Haji Madinah menasihatkan jemaah untuk merujuk...

Popov Yakin Kelantan Mampu...

KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan Velizar Emilov Popov yakin pasukannya akan membawa...

2 Kes Baharu Positif...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan dua lagi individu dikesan positif Coronavirus baharu (2019-nCoV)...

Najib Dibawa Keluar Dari SPRM

PUTRAJAYA – Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada kira-kira jam 8.55 pagi tadi.

Najib dibawa keluar dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard.

Difahamkan, Najib akan di bawa ke Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara 238 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.

Ia bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Bekas perdana menteri itu juga akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira jam 3.00 petang ini untuk berdepan pertuduhan.


Najib ditahan kira-kira jam 4.13 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

SPRM dalam kenyataan semalam memaklumkan, Najib di tahan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Najib dijangka berdepan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009. – BH ONLINE

Kategori